KURMA
Kurma adalah antara buah yang banyak disebut di dalam Al-Quran.
Antaranya Allah SWT menganjurkan kepada Maryam agar memakan buah kurma ketika sedang sakit untuk melahirkan puteranya iaitu Nabi Isa AS. Allah SWT berfirman di dalam Surah Maryam ayat 23 hingga 25:
فأجاءها المخاض إلى جذع من النخلة قالت يا ليتني مت قبل هذا وكنت نسيا منسيا (23) فناداها من تحتها ألا تحزني قد جعل ربك تحتك سريا (24) وهزي إليك بجذع من النخلة تساقط عليك رطبا جنيا (25)
Maksudnya : "Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma lalu dia berkata, 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tak bererti lagi dilupakan.' Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma masak kepadamu."
Selain itu, diriwayatkan dari Saidatina Aisyah RA menceritakan: "Nabi SAW wafat pada ketika kami semua hanya dapat kenyang dengan memakan tamar dan air."
Dalam hadis yang lain menyatakan, Saidatina Aisyah RA menceritakan kepada Urwah: "Wahai anak saudaraku, kami melihat kepada bulan purnama, kemudian bulan purnama iaitu selama 3 kali purnama dalam dua bulan, tidak dinyalakan api di dalam rumah-rumah Rasulullah SAW (yakni dapur-dapur api di rumah isteri Nabi SAW tidak berasap). Lalu Urwah bertanya, "Wahai ibu saudaraku, apakah makanan yang memberi kehidupan kepada kamu semua?" Aisyah menjawab, "Tamar dan air."

Hadis di atas menunjukkan bahawa kurma merupakan makanan asas bagi Rasulullah SAW. Baginda dan keluarganya dapat bertahan sehingga berbulan-bulan dengan hanya memakan kurma di samping air sebagai makanan harian. Maka, sudah tentu kurma mempunyai kelebihan tersendiri berbanding buah atau makanan lain.
--------------------------------------
Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
#aafiyatlifestyle
#olivehouse
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
#aafiyatlifestyle
#olivehouse
No comments:
Post a Comment