MAKANAN DARI AL-QURAN & AS-SUNNAH - ZAITUN

> ZAITUN

Al-Quran dan As-Sunnah telah menyebutkan khasiat zaitun sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Perkataan 'Zaitun' di dalam Al-Quran disebut sebanyak 5 kali iaitu menerusi Surah Al-An'am ayat 99 dan 141, Surah An-Nahl ayat 11, Surah At-Tin ayat 1 dan Surah An-Nur ayat 35.

Terdapat juga hadis yang menerangkan tentang kegunaan zaitun  sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: كلوا الزيت وادهنوا به فإنه من شجرة مباركة

Maksudnya : "Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia dari pohon yang diberkati."


Dalam hadis yang lain, baginda Rasulullah SAW juga bersabda:

عليكم بهذه الشجرة المباركة زيت الزيتون فتدووا به فإنه مصحة من الباسور

Maksudnya : "Gunakanlah minyak dari pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun. Berubatlah dengannya kerana sesungguhnya ia melegakan dari penyakit buasir."

Minyak Zaitun yang dihasilkan dari buah zaitun merupakan produk asli hasil tani penduduk benua Timur tengah yang taburannya bermula dari Iran, Turki, Syria dan Palestin sehingga ke seluruh kawasan Mediterranean sejak 6000 tahun yang lampau.

---------------------------------

MANFAAT MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun membekalkan Vitamin E dan pelbagai vitamin untuk anti-penuaan. Oleh sebab itu, minyak zaitun amat baik untuk melambatkan proses penuaan sel-sel kulit serta boleh melembutkan kulit.


Selain itu, minyak zaitun juga dapat membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriklerosis, mengelakkan pembentukan batu hempedu, membantu keseimbangan metabolisme tubuh badan, pertumbuhan tulang, menurunkan tahap kolesterol LDLdan membantu meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah serta membantu menjaga kesihatan jantung.

----------------------------


Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775


#minyakzaitun
#aafiyatlifestyle
#olivehouse 

No comments:

Post a Comment