> MADU
Madu adalah antara makanan atau minuman terbaik yang dijadikan Allah untuk manusia. Ia disebut di dalam Al-Quran sebagai makanan penawar bagi manusia.
Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 69:
يخرج من بطونها شراب مختلف ألوانه فيه شفاء للناس
Maksudnya : "Di dalamnya (yakni di dalam madu) terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia."
Madu merupakan antara makanan kesukaan baginda Nabi Muhammad SAW. Saidatina Aisyah RA menceritakan : "Nabi SAW menyukai manisan dan juga madu."
Nabi SAW turut menyebutkannya sebagai penawar (penyembuh) sebagaimana baginda bersabda:
الشفاء في ثلاثة : في شرطة محجم أو شربة عسل أو كية بنار وأنهى أمتي عن الكي
Maksudnya : "Penyembuh itu ada pada tiga; toresan bekam (bagi mengeluarkan darah), minum madu dan al-kayy (tuaman dengan besi panas). Aku menegah umatku dari al-Kayy."
----------------------------------------
MANFAAT MADU
Menurut Ibnu Qayyim, Madu boleh bertindak sebagai makanan dan juga sebagai ubat, minuman, manisan, sapuan serta penenang. Tidak pernah diciptakan bagi kita suatu yang lebih darinya dan tidak juga yang sama sepertinya. Mereka yang terdahulu tidak bergantung melainkan kepada penggunaan madu. Kebanyakan buku serta kitab orang-orang terdahulu tidak pernah menyebutkan tentang gula. Mereka tidak mengetahu mengenai gula kerana ia baru sahaja.
Bagi tujuan pemakanan bagi mengekalkan kesihatan yang baik, kuantiti yang disyorkan adalah sebanyak 100-200 gram sehari bagi orang dewasa. Adapun bagi tujuan rawatan penyakit, kadar pengambilan madu bergantung kepada keadaan penyakit.
-------------------------------------
Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
#madukyrgyzstan
#aafiyatlifestyle
#olivehouse
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
#madukyrgyzstan
#aafiyatlifestyle
#olivehouse
No comments:
Post a Comment