MAKANAN DARI AL-QURAN & AS-SUNNAH - ZAITUN

> ZAITUN

Al-Quran dan As-Sunnah telah menyebutkan khasiat zaitun sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Perkataan 'Zaitun' di dalam Al-Quran disebut sebanyak 5 kali iaitu menerusi Surah Al-An'am ayat 99 dan 141, Surah An-Nahl ayat 11, Surah At-Tin ayat 1 dan Surah An-Nur ayat 35.

Terdapat juga hadis yang menerangkan tentang kegunaan zaitun  sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: كلوا الزيت وادهنوا به فإنه من شجرة مباركة

Maksudnya : "Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia dari pohon yang diberkati."


Dalam hadis yang lain, baginda Rasulullah SAW juga bersabda:

عليكم بهذه الشجرة المباركة زيت الزيتون فتدووا به فإنه مصحة من الباسور

Maksudnya : "Gunakanlah minyak dari pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun. Berubatlah dengannya kerana sesungguhnya ia melegakan dari penyakit buasir."

Minyak Zaitun yang dihasilkan dari buah zaitun merupakan produk asli hasil tani penduduk benua Timur tengah yang taburannya bermula dari Iran, Turki, Syria dan Palestin sehingga ke seluruh kawasan Mediterranean sejak 6000 tahun yang lampau.

---------------------------------

MANFAAT MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun membekalkan Vitamin E dan pelbagai vitamin untuk anti-penuaan. Oleh sebab itu, minyak zaitun amat baik untuk melambatkan proses penuaan sel-sel kulit serta boleh melembutkan kulit.


Selain itu, minyak zaitun juga dapat membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriklerosis, mengelakkan pembentukan batu hempedu, membantu keseimbangan metabolisme tubuh badan, pertumbuhan tulang, menurunkan tahap kolesterol LDLdan membantu meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah serta membantu menjaga kesihatan jantung.

----------------------------


Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775


#minyakzaitun
#aafiyatlifestyle
#olivehouse 

MAKANAN DARI AL-QURAN & AS-SUNNAH - KURMA

KURMA

Kurma adalah antara buah yang banyak disebut di dalam Al-Quran.

Antaranya Allah SWT menganjurkan kepada Maryam agar memakan buah kurma ketika sedang sakit untuk melahirkan puteranya iaitu Nabi Isa AS. Allah SWT berfirman di dalam Surah Maryam ayat 23 hingga 25:

فأجاءها المخاض إلى جذع من النخلة قالت يا ليتني مت قبل هذا وكنت نسيا منسيا (23) فناداها من تحتها ألا تحزني قد جعل ربك تحتك سريا (24) وهزي إليك بجذع من النخلة تساقط عليك رطبا جنيا (25)

Maksudnya : "Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma lalu dia berkata, 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tak bererti  lagi dilupakan.' Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma masak kepadamu."



Selain itu, diriwayatkan dari Saidatina Aisyah RA menceritakan: "Nabi SAW wafat pada ketika kami semua hanya dapat kenyang dengan memakan tamar dan air."

Dalam hadis yang lain menyatakan, Saidatina Aisyah RA menceritakan kepada Urwah: "Wahai anak saudaraku, kami melihat kepada bulan purnama, kemudian bulan purnama iaitu selama 3 kali purnama dalam dua bulan, tidak dinyalakan api di dalam rumah-rumah Rasulullah SAW (yakni dapur-dapur api di rumah isteri Nabi SAW tidak berasap). Lalu Urwah bertanya, "Wahai ibu saudaraku, apakah makanan yang memberi kehidupan kepada kamu semua?" Aisyah menjawab, "Tamar dan air."



Hadis di atas menunjukkan bahawa kurma merupakan makanan asas bagi Rasulullah SAW. Baginda dan keluarganya dapat bertahan sehingga berbulan-bulan dengan hanya memakan kurma di samping air sebagai makanan harian. Maka, sudah tentu kurma mempunyai kelebihan tersendiri berbanding buah atau makanan lain.

--------------------------------------

Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
 


#aafiyatlifestyle
#olivehouse

MAKANAN DARI AL-QURAN & AS-SUNNAH - MADU


> MADU

Madu adalah antara makanan atau minuman terbaik yang dijadikan Allah untuk manusia. Ia disebut di dalam Al-Quran sebagai makanan penawar bagi manusia.

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 69:

يخرج من بطونها شراب مختلف ألوانه فيه شفاء للناس

Maksudnya : "Di dalamnya (yakni di dalam madu) terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia."

Madu merupakan antara makanan kesukaan baginda Nabi Muhammad SAW. Saidatina Aisyah RA menceritakan : "Nabi SAW menyukai manisan dan juga madu."

Nabi SAW turut menyebutkannya sebagai penawar (penyembuh) sebagaimana baginda bersabda:

الشفاء في ثلاثة : في شرطة محجم أو شربة عسل أو كية بنار وأنهى أمتي عن الكي

Maksudnya : "Penyembuh itu ada pada tiga; toresan bekam (bagi mengeluarkan darah), minum madu dan al-kayy (tuaman dengan besi panas). Aku menegah umatku dari al-Kayy."



----------------------------------------


MANFAAT MADU


Menurut Ibnu Qayyim, Madu boleh bertindak sebagai makanan dan juga sebagai ubat, minuman, manisan, sapuan serta penenang. Tidak pernah diciptakan bagi kita suatu yang lebih darinya dan tidak juga yang sama sepertinya. Mereka yang terdahulu tidak bergantung melainkan kepada penggunaan madu. Kebanyakan buku serta kitab orang-orang terdahulu tidak pernah menyebutkan tentang gula. Mereka tidak mengetahu mengenai gula kerana ia baru sahaja.





Bagi tujuan pemakanan bagi mengekalkan kesihatan yang baik, kuantiti yang disyorkan adalah sebanyak 100-200 gram sehari bagi orang dewasa. Adapun bagi tujuan rawatan penyakit, kadar pengambilan madu bergantung kepada keadaan penyakit.

-------------------------------------


Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775


#madukyrgyzstan
#aafiyatlifestyle
#olivehouse