7 Aktiviti Sihat Semasa Hujung Minggu

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan hidup sihat sebagai keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas daripada sebarang penyakit. Selain mengamalkan diet pemakanan sihat, aktiviti fizikal juga perlu diamalkan untuk mendapatkan tahap kesihatan optimum.
Ramai kalangan kita yang terbatas waktu untuk melakukan aktiviti sihat setiap hari.

Justeru, waktu hujung minggu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti sihat agar tubuh dapat mengeluarkan peluh, sekali gus merangsang organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih baik.

Berikut ialah tujuh aktiviti sihat yang anda dapat lakukan pada hujung minggu.

1. Berenang

Berenang - Aktiviti Sihat Sekeluarga

Berenang adalah satu aktiviti yang amat bagus untuk kesihatan. Aktiviti renang dapat membentuk dan menguatkan otot badan. Hasil kajian menunjukkan seseorang yang menjalani latihan intensif renang selama lapan minggu berturut-turut akan mengalami peningkatan otot trisep sebanyak 23.8 peratus. Otot trisep ialah otot tangan bahagian belakang.


Selain itu, berenang membantu meningkatkan fungsi jantung. Menurut kajian Columbia University Medical Center, aktiviti berenang dapat mengelakkan risiko penyakit jantung koroner.


|Malah lebih daripada itu, aktiviti berenang juga dapat mengurangkan stres yang menjadi antara punca senyap peningkatan penyakit fizikal.


Ada banyak kolam renang awam yang anda boleh manfaatkan untuk berenang. Antaranya ialah di Putrajaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Universiti Malaya (UM) dan Selayang. Ada kolam percuma dan ada berbayar. Malah ada juga kolam yang diasingkan di antara lelaki dan wanita.


Bagi anda yang tinggal di kondominium, pastinya kemudahan kolam renang sentiasa ada buat anda sekeluarga. Namun, anda juga boleh bertukar angin dengan bermalam di hotel yang ada kemudahan kolam renang. Sambil bercuti bersama keluarga, anda boleh melakukan aktiviti sihat ini pada hujung minggu.


2. Berbasikal

Berbasikal - Aktiviti Sihat Sekeluarga

Terlalu banyak kebaikan aktiviti berbasikal. Antaranya ialah meningkatkan penggunaan kalori dan kadar metabolisme badan. Ia juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.


Aktiviti berbasikal juga dapat mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi. Ini kerana gerakan berbasikal berupaya menyihatkan otot dan sendi kaki serta menguatkan tulang rawan.


Berbasikal tidak memerlukan kemahiran khas seperti berenang. Malah, aktiviti berbasikal boleh dilakukan oleh hampir kebanyakan orang.


Jika anda mempunyai basikal, anda boleh berbasikal di sekitar taman perumahan anda sendiri. Bagi yang berkeluarga dan tinggal di Lembah Klang, anda boleh ke Taman Metropolitan Kepong, Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Saujana Hijau Putrajaya. Di sana ada perkhidmatan menyewa basikal.


Lakukanlah. Tidak perlu dalam keadaan stres, sebaliknya aktiviti ini boleh dilakukan dalam keadaan santai dan rileks sahaja.

3. Mendaki

Mendaki pula dapat membantu anda menguatkan stamina dan daya tahan badan. Selain itu, ia meningkatkan kapasiti kerja jantung dan paru-paru. Aktiviti fizikal ini menjadikan jantung dan paru-paru perlu bekerja keras untuk memberikan tenaga kepada tubuh. Ini kerana aktiviti mendaki memerlukan tenaga yang banyak.

Namun, tidak semestinya anda perlu mendaki gunung tinggi seperti Gunung Kinabalu. Anda juga tidak perlu melakukan persiapan untuk aktiviti pendakian yang komprehensif.

Cukup sekadar mendaki bukit landai di kawasan kejiranan anda, jika ada.

Jika di Lembah Klang, antaranya ialah Bukit Broga, Bukit Saga dan Bukit Gasing. Anak-anak juga boleh dibawa sekali ketika aktiviti mendaki. Mereka pasti teruja melihat pemandangan yang sangat cantik ketika matahari terbit pagi.


4. Berlari

Aktiviti berlari juga bagus diamalkan untuk mengekalkan kesihatan anda. Antara kebaikan aktiviti berlari adalah dapat menguatkan otot, mengurangkan berat badan serta menguatkan paru-paru. Malah aktiviti berlari dapat memberikan anda tidur nyenyak. Kajian Northwestern Medicine mendapati aktiviti berlari dapat menyembuhkan insomnia.

Anda boleh melakukan aktiviti berlari di sekitar taman perumahan anda sendiri bersama keluarga. Sekali-sekala, anda juga boleh menyertai aktiviti larian seperti maraton yang sering dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


5. Menari

Banyak kebaikan yang boleh didapati daripada aktiviti menari. Antaranya meningkatkan tenaga dan menguatkan jantung. Paling istimewanya, menari dapat mengurangkan risiko depresi dan demensia atau alzheimer seperti yang dinyatakan di dalam New England Journal of Medicine.

Bagaimanapun, tidak semestinya perlu mendaftar kelas tarian. Anda boleh lakukan aktiviti menari ini hanya di hadapan televisyen di dalam rumah. Contohnya, buka sahaja video Youtube berkenaan tarian zumba dan senaman aerobik, anda sudah boleh mulakan aktiviti menari bersama anak-anak di rumah.


6. Mengemas Rumah

Mengemas rumah adalah aktviti sihat yang wajib dilakukan oleh setiap keluarga. Bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini mendidik kebijaksanaan dalam pengagihan tugas dan melatih anak-anak memikul tanggungjawab.
Banyak aktiviti dapat dilakukan setiap ahli keluarga.

Antaranya mengelap lantai, mencuci bilik air, membasuh kereta dan berkebun di halaman rumah. Apabila rumah bersih dan kemas, ahli rumah juga akan berasa tenang dan gembira.


Pada masa sama, kesihatan juga dapat dikekalkan dan ditingkatkan!


7. Membeli belah

Bunyinya sedikit kelakar. Membeli belah boleh menyihatkan?
Jangan mudah membuat kesimpulan. Jangan terkejut. Membeli belah di pasar raya atau pusat membeli belah pada hujung minggu juga sejenis aktiviti sihat dengan syarat “poket anda memang sudah sedia sihat”.

Ini kerana aktiviti membeli belah akan menyebabkan anda terpaksa berjalan dan bergerak sekeliling bangunan pusat membeli belah. Walaupun nampak seperti aktiviti ringkas, berjalan kaki sangat bagus untuk kesihatan. Antara kebaikannya ialah mengurangkan risiko strok, diabetes dan membantu mengurangkan berat badan.


Pusat beli-belah boleh didapati di merata tempat. Pergilah, dan bawa keluarga anda pada hujung minggu. Aktiviti ini memang ideal untuk dilakukan pada setiap hujung minggu sambil bersantai bersama orang tersayang.


Bagi wanita, selain berjalan kaki, aktiviti membeli belah adalah satu daripada terapi minda. Tidak dapat belipun tidak mengapa, asalkan dapat ‘window shopping’. Semestinya, hanya wanita yang memahami perkara ini.


Tidak susah sebenarnya untuk kekal sihat. Ia sesuatu yang dapat diusahakan, terutama sekali pada hujung minggu.

Dan, paling penting, anda perlu melakukannya dalam keadaan tidak tertekan atau penat. Semua aktiviti yang disenaraikan di atas boleh dilakukan dalam keadaan santai dan bersahaja. Lakukan demi kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup.

Mudahnya Aafiyat.

8 Manfaat Kurma Kepada Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui

Ramai orang beranggapan buah kurma hanyalah makanan untuk bulan puasa sahaja. Tahukah anda?, sebenarnya banyak manfaat kurma jika ianya dijadikan makanan harian kita. Sebelum kami ceritakan kehebatan kurma ini terlebih dahulu kita kenal sedikit asal-usul buah kurma.

Kurma adalah buah yang biasanya berbentuk lonjong didapati dari pohon kurma. Ianya  Terdapat pelbagai bentuk, warna dan rupa mengikut jenis dan spesis pohon kurma. Antara kurma yang paling diminati adalah ajwah, medjoul, mabroom dan banyak lagi. Buah kurma biasanya didapati dalam bentuk buah kering dan ada juga bentuk buah segar. Rasa buah kurma yang telah dikeringkan adalah lebih manis berbanding buah segar.

Kurma telah menjadi makanan ruji di Timur Tengah dan Lembah Indus selama ribuan tahun. Jumlah pengeluaran tahunan dunia berjumlah 8.5 juta tan metrik, di mana negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara menjadi pengeluar terbesar.

Di Malaysia, kita akan mula lihat kurma mula dijual sebulan sebelum ramadhan di rata-rata kedai dan pasaraya, namun ramai sebenarnya dikalangan kita masih belum mengerti manfaat kurma selain faktor mengambil keberkatan sunnah berbuka dan bersahur dengannya.

Artikel ini akan menerangkan 8 manfaat kurma kepada kesihatan dan mengapa ianya perlu djadikannya sebagai makanan yang perlu ada dalam diet seharian kita.

1. Makanan Yang Sangat Menyihatkan

Kajian menunjukkan, kurma mengandungi nilai nutrisi yang sangat hebat.

Dalam bentuk buah kering, kandungan kalori adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan buah segar. Kandungan kalori dalam kurma adalah serupa dengan buah-buahan kering yang lain, seperti kismis dan buah tin.

Kebanyakan kalori dalam kurma datang dari karbohidrat. Selebihnya adalah dari jumlah protein yang sangat kecil. Selain dari kalori, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang penting di samping sera yang tinggi.
Nutrien yang terdapat dalam 100 g hidangan:
  • Kalori: 277
  • Karbohidrat: 75 gram
  • Serat: 7 gram
  • Protein: 2 gram
  • Kalium (Potassium): 20% daripada RDI
  • Magnesium: 14% daripada RDI
  • Tembaga (Copper): 18% daripada RDI
  • Mangan: 15% daripada RDI
  • Besi (Iron): 5% daripada RDI
  • Vitamin B6: 12% daripada RDI
Kurma  juga tinggi nilai antioksida, yang boleh menyumbang kepada banyak manfaat kesihatan kita.
KESIMPULANNYA:
Kurma adalah makanan yang sangat menyihatkan kerana ia memberikan sumber tenaga malah hadir dengan serat yang tinggi serta beberapa vitamin, mineral dan antioksidan.

2. Serat Yang Tinggi

Pengambilan makanan  berserat yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan.
Dengan hampir 7 gram serat dalam hidangan 100 gram, pengambilan kurma dalam diet anda adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat.

Serat boleh memberi manfaat kepada sistem pencernaan anda dengan mencegah sembelit. Ia menggalakkan pergerakan usus yang kerap dengan menyumbang kepada pembentukan najis.

Dalam satu kajian, 21 orang yang menggunakan 7 biji sehari selama 21 hari mengalami peningkatan dalam kekerapan buang air dan mempunyai peningkatan yang signifikan dalam pergerakan usus berbanding ketika mereka tidak memakan kurma.

Tambahan pula, serat dalam kurma boleh memberi manfaat kepada kawalan gula darah. Serat melambatkan pencernaan dan dapat membantu mencegah kadar gula darah dari kenaikan terlalu tinggi setelah anda makan.

Atas sebab ini, kurma mempunyai indeks glisemik (GI) rendah, iaitu skala yang mengukur seberapa cepat gula darah anda meningkat setelah makan makanan tertentu.
KESIMPULANNYA:
Kurma adalah makanan yang mempunyai serat yang tinggi, yang juga bermanfaat untuk mencegah sembelit dan mengawal kadar gula dalam darah.

3. Tinggi Nilai Antioksidan Melawan Penyakit Berjangkit

Kurma mengandungi pelbagai antioksidan yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko beberapa penyakit.

Antioksidan melindungi sel-sel anda dari radikal bebas, yang merupakan molekul yang tidak stabil yang boleh menyebabkan reaksi berbahaya dalam tubuh anda dan membawa kepada penyakit.

Berbanding dengan jenis buah yang serupa, seperti buah tin dan plum kering, kurma mempunyai kandungan antioksidan tertinggi.

Berikut adalah gambaran mengenai tiga antioksidan paling kuat dalam kurma:
  • Flavonoid: Flavonoid adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan telah dikaji berpotensi untuk mengurangkan risiko kencing manis, penyakit Alzheimer dan jenis kanser tertentu.
  • Karotenoid: Karotenoid terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung dan juga boleh mengurangkan risiko gangguan yang berkaitan dengan mata, seperti degenerasi makula.
  • Asid fenolik: Dikenali dengan sifat anti-radang, asid fenolik boleh membantu mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
KESIMPULANNYA:
Kurma mengandungi beberapa jenis antioksidan yang bermanfaat membantu mencegah perkembangan penyakit kronik tertentu, seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer dan diabetes.

4. Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak

Pengambilan buah kurma boleh membantu meningkatkan fungsi otak.

Kajian makmal telah mendapati kurma dapat membantu menurunkan penanda radang, seperti interleukin 6 (IL-6), di dalam otak. Tahap IL-6 yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit neurodegenerative yang lebih tinggi seperti Alzheimer’s.

Di samping itu, kajian terhadap sekumpulan haiwan telah menunjukkan kurma dapat membantu mengurangkan aktiviti protein beta-amyloid, yang boleh membentuk plak di otak.
Apabila plak mengumpul di dalam salur darah otak, ianya mungkin mengganggu komunikasi antara sel-sel otak, yang akhirnya boleh membawa kepada kematian sel otak dan penyakit Alzheimer.

Satu kajian haiwan mendapati bahawa tikus yang diberi makanan bercampur dengan kurma mempunyai ingatan yang lebih baik dan keupayaan pembelajaran, serta kurang kelakuan keresahan (anxiety-related), berbanding dengan yang tidak memakannya.

Potensi sifat pemangkin otak dari kurma telah dikaitkan dengan kandungan antioksidan yang dikatakan mengurangkan keradangan, termasuk flavonoid.
KESIMPULANNYA
Kurma mungkin bermanfaat membantu menurunkan keradangan dan menghalang plak daripada terbentuk di dalam otak, yang mana penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.

5. Memudahkan Proses Bersalin

Kajian mendapati kurma berpotensi untuk memudahkan proses melahirkan bayi.

Pengambilan kurma sepanjang beberapa minggu akhir kehamilan boleh menggalakkan pembukaan serviks dan mengurangkan meneran semasa bersalin. Ianya juga boleh membantu mengurangkan tempoh masa proses bersalin.
Dalam satu kajian, 69 wanita yang menggunakan 6 kurma sehari selama 4 minggu sebelum tarikh tamat mereka adalah 20% lebih cenderung untuk bersalin secara semulajadi dan masa yang pendek di dewan bersalin dari yang tidak memakannya.

Satu lagi kajian mengenai 154 wanita hamil mendapati bahawa mereka yang memakan kurma adalah kurang berkemungkinan untuk di ‘induce’ berbanding mereka yang tidak memakannya.

Satu kajian ketiga mendapati keputusan yang sama dalam 91 wanita hamil yang menggunakan 70-76 gram kurma setiap hari bermula minggu ke-37 kehamilan. Mereka berada dalam buruh aktif selama purata 4 jam lebih sedikit daripada mereka yang tidak makan kurma.

Manfaat kurma semasa kehamilan dipengaruhi oleh sebatian yang mengikat reseptor oxytocin dan kelihatan meniru kesan oxytocin dalam badan. Oxytocin adalah hormon yang menyebabkan kontraksi ketika bersalin.

Selain itu, kurma mengandungi tanin, yang merupakan sebatian yang dikatakan membantu memudahkan kontraksi. Ianya juga merupakan sumber gula dan kalori semulajadi yang baik, yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga semasa proses bersalin.
KESIMPULANNYA
Kurma dikatakan boleh membantu dan memudahkan proses kelahiran bayi apabila dimakan semasa beberapa minggu akhir kehamilan.


6. Pemanis Semulajadi Yang Baik

Kurma mengandungi fruktosa, iaitu sejenis gula semulajadi yang terdapat dalam buah.

Atas sebab ini, kurma sangat manis. Oleh kerana kandungan nutrisinya dan ntioksida yang tinggi, banyak industry mula menjadikan ia sebagai pengganti gula putih dalam makanan atau minuman.

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa walaupun kurma mengandungi serat dan nutrien yang tinggi, eloklah kita mengamalkan konsep bersederhana dalam pemakanan kita. 7 biji sehari adalah jumlah yang biasa disarankan.
KESIMPULANNYA
Dengan kehadiran serat yang tinggi dan bebeberapa nutrien penting seperti  vitamin , mineral dan antioksida, kurma amat sesuai dijadikan pemanis semulajadi yang sihat berbanding gula putih.

7. Manfaat Kesihatan Lain

Kurma dikatakan mempunyai beberapa manfaat kesihatan lain yang belum dikaji secara meluas. Namun merujuk kepada kandungan nutrisinya, ia noleh dikaitkan dengan manfaat kesihatan lain antaranya:
  • Kesihatan tulang: Kurma mengandungi beberapa mineral, termasuk fosforus, kalium, kalsium dan magnesium. Semua ini telah dikaji mampu mencegah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis.
  • Kawalan gula darah: Kurma mempunyai dikatakan mampu  membantu dengan peraturan gula darah kerana indeks glisemik rendah, serat dan antioksidannya. Oleh itu, makan kurma boleh memberi manfaat kepada pesakit diabetes.
KESIMPULANNYA
Kajian mendapati kurma dikatakan mampu menyumbang kepada kesihatan tulang dan membantu mengawal gula dalam darah.

8. Mudah Dijadikan Makanan Harian

Kurma bukan sahaja patut diamalkan apabila berbuka puasa atau bersahur, ianya boleh dipelbagaikan seperti menjadikan snek dan kudapan yang sedap. Seringkali kita lihat ianya dicampurkan bersama buah badam dan kekacang.
Tekstur kurma yang lembap dan melekit boleh dijadikan sebagai bahan pengikat dalam makanan yang dibakar, seperti biskut dan kek. Anda juga boleh jadikan bebola kurma yang berisi badam di dalamnya untuk dijadikan snek seisi keluarga.

Selain itu anda boleh gunakan kurma apabila menyediakan smoothies, atau sarapan bersama susu dan oat. Ianya juga boleh dihiris bentuk dadu dan digaulkan bersama salad atau ulaman tempatan.

Oleh kerana rasanya manis, perlulah kita sentiasa beringat untuk bersederhana dalam pengambilannya.
KESIMPULANNYA
Kerana kurma adalah buah kering, ianya mudah disesuaikan dalam diet seharian bukan sekadar makan begitu sahaja malah dijadikan salah satu bahan dalam banyak resepi masakan dan minuman.

Mesej Penting Buat Pembaca

Apa yang dikongsikan mungkin hanya sebahagian daripada banyak kebaikan kurma. Sememangnya banyak kajian telah dijalankan yang mengaitkan manfaat daripada khasiat yang terkandung dalam kurma. Apa yang pentingnya adalah kita memahami akan manfaatnya kepada kesihatan dan cuba menjadikan pengambilan kurma sebagai makanan harian. 

Kandungan serat, vitamin, mineral, karbohidrat dan juga antioksida di dalamnya akan membantu tubuh kita mendapat nutrisi yang baik.

Kanser Dan Wanita

Saban tahun gejala kanser di Malaysia menyaksikan jumlah peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Namun begitu kesedaran tentang simptom, punca dan langkah pencegahan kanser di kalangan masyarakat kita masih di tahap rendah dan memerlukan gerak kerja yang lebih efektif selari dengan arus modenisasi.

Risiko mendapat kanser dikalangan wanita terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Faktor Individu; di mana lelaki atau perempuan mempunyai risiko yang sama seperti kanser kolorektum
  2. Reproductive Organ Related Kanser; payudara, ovari, rahim, uterus

Antara faktor utama penyebab kanser di kalangan wanita adalah stress. Ini selalunya berlaku tanpa mereka sedari oleh kerana terlalu banyak aktiviti dan perkara yang dilalui dalam kehidupan seharian

Lemak Tepu VS Lemak Tak Tepu

LEMAK TEPU VS LEMAK TIDAK TEPU | Aafiyat Lifestyle Olive House

Lemak terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu :

1. Lemak Tepu


• Sumber daripada haiwan dan tumbuhan.
• Pepejal pada suhu bilik.
• Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
• Santan kelapa, mentega, keju, minyak sapi dan lemak pada daging.

2. Lemak Tidak Tepu

• Diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan.
• Cecair pada suhu bilik.
• Terbahagi kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak moto tak tepu dan asid lemak trans.
• Lemak tidak tepu lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk.

-------------------------


I. Lemak Mono Tidak Tepu ‘Monounsaturated Fat MUFA’ :
Sumbernya ialah minyak zaitun, minyak kelapa, minyak kanola, kacang tanah dan bran beras. Dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

II. Lemak Poli Tidak Tepu ‘Polyunsaturated Fat PUFA’ :
Sumber lemak ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, bijan, biji benih flaks dan kacang.

III. Lemak Trans :
Dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gee sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.

Kajian menunjukkan pengambilan lemak trans menyebabkan paras kolesterol LDL dan trigliserida meningkat serta merendahkan paras kolesterol HDL. Hal ini juga meningkatkan risiko mendapat masalah penyakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan diabetes.




TAHUKAH ANDA?

Satu sudu teh Olivie Power Up bersamaan 10 liter khasiat minyak zaitun biasa.

Olivie Power Up mengandungi Asid Lemak Mono Tak Tepu ( Monounsaturated Fatty Acid / MUFA ).

Ia membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dan membantu mempertahankan kadar kolesterol baik dalam darah.




Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

GMO - Genitically Modified Organism


Apakah GMO? GMO (Genetically Modified Organism) secara ringkas adalah organisma yang telah diubah secara genetik. Perubahan genetik ini dilakukan dengan kaedah saintifik.


Teknik yang digunakan adalah sama ada kaedah pemindahan genetik atau kejuruteraan genetik.

Secara amnya, proses GMO ini dilakukan kepada tumbuhan yang menjadi sumber makanan utama kita.

Kenapa ada GMO?


GMO diwujudkan pada dasarnya, untuk mencipta organisma yang lebih baik dari yang asal. Antara sebab utama kenapa terhasilnya produk GMO:


1. Melahirkan benih pertanian yang boleh bertahan menghadapi serangan serangga perosak. Ia membolehkan petani mengusahakan ladang pertanian masing masing tanpa perlu menggunakan racun serangga.

2. Melahirkan benih pertanian yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap racun perosak. Membolehkan petani menggunakan racun untuk menghapuskan tumbuhan perosak seperti lalang tanpa perlu risau akibatnya kepada hasil tanaman.

3. Melahirkan benih pertanian yang tahan kemarau. Membolehkan tanaman dilakukan di kawasan yang kurang sumber air.

4. Melahirkan benih pertanian yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap penyakit tertentu. Petani tidak perlu risau akan serangan penyakit yang boleh menghapuskan seluruh hasil tanaman mereka.

5. Melahirkan benih pertanian yang mempunyai kadar nutrisi tertentu yang lebih tinggi. Contoh: Golden Rice – Benih Padi yang menghasilkan beras dengan kandungan B-Kerotene tinggi untuk memberikan vitamin A kepada anak anak dunia ketiga.


Risiko GMO?


Kajian yang lebih mendalam dan masa diperlukan untuk menguji hasil hasil GMO yang terbaru. Kesan sampingan dari pengambilan makanan dari benih benih baru ini masih belum diketahui.

Kesannya mungkin bukan hanya kepada manusia sahaja. Segala hidupan sekitar juga mungkin ikut terkesan.

ELAK RASA LAPAR BAGI IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

Bagi wanita yang menyusukan anak, bila rasa lapar minumlah segelas susu segar dan beberapa biji kurma.

Ambil satu atau dua sudu minyak zaitun.

Kurangkan karbohidrat berproses yang bersumber "3P". Beras putih, gula putih dan tepung putih. Makanan yang berasaskan 3P menyebabkan kita cepat kenyang dan cepat pula lapar

Gantikan dengan makanan yang bersumber karbohidrat kompleks. Kurma dan susu pembekal tenaga segera yang terbaik. Minyak zaitun membekalkan tenaga yang banyak tetapi membekalkan tenaga secara perlahan.

Makanan-makanan ini akan mengurangkan rasa lapar, mengembalikan berat badan yang asal dan mengekalkan bekalan susu pada anak.


Inilah punca ramai wanita yang gagal mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak kerana terlalu banyak mengambil karbohidrat ringkas dan berproses.


Malah berat semakin bertambah bila hamil semula. Paling menyedihkan, baru dapat anak kedua sudah ada diabetis, darah tinggi, asma semakin teruk dan pelbagai penyakit kronik.


Jom kembali ke cara pemakanan yang sihat. Amalkan sesudu minyak zaitun OLIVIE dua kali sehari utk mendapatkan tenaga yang berterusan tanpa cepat lapar.

LEMAK LEBIH MEMBERIKAN TENAGA

Mana yang lebih memberikan kita tenaga? Lemak atau Gula

1 gram lemak = 9 kcal
1 gram protein = 4 kcal
1 gram glukosa = 4 kcal


Kita hanya membakar (menggunakan) lemak yang disimpan pada lapisan bawah kulit apabila menghentikan pengambilan gula. Jika masih mengambil karbo ringkas dan berproses (yang ditukarkan kepada glucose), tubuh tidak akan membakar lemak.


Percayalah pembakaran lemak memberikan tenaga memberikan tenaga yg lebih banyak berbandingan dengan karbohidrat (yang menghasilkan gula). Sebab itu sepatutnya orang yang berpuasa lebih bertenaga, bila tubuh mula membakar lemak.



Bagi yang ingin sihat, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan berproses, dan tambahkan portion lemak dan protein. Ambil karbohidrat kompleks seperti sayur dan buah dgn banyak

Jom amalkan minyak sihat, minyak zaitun OLIVIE setiap hari. Alhamdulillah anda akan rasa lebih bertenaga dan lebih sihat.

MINYAK ZAITUN – KEAJAIBAN SEMULAJADI YANG PATUT DIHARGAI



Mengapa minyak zaitun diletakkan sebagai salah satu minyak yang sangat disyorkan oleh pakar kesihatan dan perubatan? Sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah sekarang saintis menemui terlalu banyak kelebihan minyak zaitun untuk kesihatan manusia. Salah satu komponen utama yang begitu berkuasa dalam minyak zaitun ialah ‘olea europia’ iaitu ‘polyphenols’ yang membantu menurunkan kolesterol berlebihan dalam badan dan membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.





Apa itu ‘Oleuropein’ atau ‘polyphenols’ ? Ia sebenarnya antioksida di dalam minyak zaitun yang beperanan membentuk segala kebaikan dan menyingkirkan keburukan sel-sel penyakit dalam badan manusia. Bahan ini jugalah bertanggungjawab menjadi anti radang dan anti bakteria yang membuatkan tubuh manusia lebih kebal daripada sebarang serangan penyakit termasuklah penyakit berjangkit seperti selesema, batuk ataupun demam.



Masyarakat Mediterranean merupakan penduduk yang telah lama mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan mereka. Sememangnya banyak kajian saintifik di lakukan ke atas masyarakat tersebut menemui taraf kesihatan mereka begitu baik jika dibandingkan dengan masyarakat yang tidak mengamalkan minyak zaitun.


Tambahan lagi, menerusi kajian yang pernah dijalankan, minyak zaitun dipercayai telah memanjangkan jangka hayat penduduk di negara itu kerana sistem pertahanan tubuh mereka lebih kuat dan kadar kolesterol dapat dikawal dengan sentiasa mengamalkan minyak zaitun.


Keupayaan minyak zaitun tidak terhad untuk melindungi manusia daripada ancaman penyakit kronik seperti kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetis, strok ataupun sakit jantung. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati masalah luaran seperti kulit dan rambut dengan cara disapu pada bahagian yang bermasalah.


Misalnya, penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, dan jerawat dapat diatasi dengan hanya disapu setiap hari. Begitu juga halnya dengan rambut, amalan sapu minyak zaitun di bahagian kulit kepala dan rambut dapat membantu menyuburkan kembali kesihatan rambut.


Sebenarnya terdapat banyak lagi kajian khusus ke atas setiap penyakit-penyakit manusia yang telah cuba dipulihkan dengan menggunakan minyak zaitun. Kebanyakan daripadanya menunjukkan impak yang positif.


Itulah keajaiban pohon zaitun yang pernah disebut di dalam Al-Quran. Sebagai umat islam, kita dituntut untuk menjadikan minyak zaitun sebagai amalan dalam pemakanan kerana ia merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, yang memberikan kesihatan yang baik dan seribu keberkatan terkandung di dalamnya.

MINUMAN BERKARBONAT MUSNAHKAN SISTEM ORGAN?

Minuman Berkarbonat Musnahkan Sistem Organ?<dataavatar hidden data-avatar-url=https://secure.gravatar.com/avatar/7e0ac92065b19656ae40b49d25b2dd46?s=96&d=mm&r=g></dataavatar>

Antara sebab yang menakutkan apabila kita gemar menikmati minuman berkarbonat setiap hari ialah kerana kandungan gula putih yang terlalu tinggi di dalamnya.

Akibat daripada kesan gula putih yang terlalu banyak, ia boleh memusnahkan sistem organ tubuh manusia dalam jangka masa yang pantas! Bacalah fakta di bawah ini dan selamatkan nyawa kamu dan orang tersayang.


> Memusnahkan otak


Apabila gula tiruan dicampurkan bersama pewarna tiruan, kedua – dua bahan akan menjadi toksin dan membunuh sel otak


> Gigi sensitif

Phosphoric dan citric asid akan mengubah keseimbangan pH di dalam mulut yang akhirnya menyebabkan hakisan enamel


> Memendekkan jangka hayat

Phosphates dan phosphoric acid di dalam air berkarbonat digunakan untuk memanjangkan tarikh luput produk namun ia bertindak memendekkan jangka hayat anda!





> Ruam kulit

Sesetengah air berkarbonat mengandungi minyak sayuran (BVO) yang boleh mengganggu sistem saraf dan menjadikan kulit tumbuh ruam


> Sindrom metabolik

Minum 1 botol air berkarbonat atau manis, boleh meningkatkan penyakit metabolisma sebanyak 36% dan diabetes 67%


> Mengganggu hormon

Lapisan BPA di dalam minuman soda, boleh memusnahkan hormon dan mencetuskan kanser payudara


> Kegemukan

Kajian mendedahkan, seseorang yang minum 2 botol diet soda mengalami peningkatan saiz pinggang sebanyak 500%


> Batu karang

Gula di dalam air berkarbonat membentuk batu karang sebanyak 33%


> Masalah saluran kencing

Mereka yang minum 1 cawan air berkarbonat akan mengalami masalah kencing tidak lawas termasuklah sering kencing pada waktu malam


> Bersikap agresif

Kajian menunjukkan, pelajar yang minum 5 cawan air berkarbonat setiap minggu bersikap agresif dan ganas


----------------------------


Amalkan minum JUS DELIMA AZ–GRANATA yang memberikan anda rasa manis asli dan khasiat tersendiri seperti :

+ Anti penuaan
+ Membantu sistem penghadaman 
+ Membantu melindungi dari Alzheimer
+ Mencantikkan kulit

+ Mengurangkan berat badan

~Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat~

KANSER - SI PEMBUNUH KEJAM!!






Kanser ataupun ketumbuhan adalah sejenis penyakit akibat pertumbuhan sel – sel tidak normal di dalam badan yang membiak secara abnormal dan merebak ke kawasan tubuh yang lain.

Kanser boleh dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat. Namun pencegahan adalah langkah terbaik untuk melawan penyakit kanser. Caranya ialah sentiasa melakukan pemeriksaan dan menjaga pemakanan.

Seperti yang ramai ketahui, kanser memiliki tahap – tahap tertentu. Seperti tahap pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kebiasaannya, apabila seseorang itu telah sampai ke peringkat terakhir atau tahap empat, ia akan menjadi jalan penamat riwayat seseorang itu. Namun, adakah ia benar atau masih boleh dicegah


Dr. Salman Amiruddin , merupakan seorang pensyarah dan doktor pakar telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di Universiti Sultan Zainal Abidin menerangkan bahawa sel yang menjadi kanser pada awalnya merupakan sel normal. Namun apabila sel normal terdedah kepada proses kasinogenesis yang berterusan, ia akan merosakkan DNA dan menghasilkan sel – sel kanser.

Punca – punca asas kepada perubahan sel DNA ini dibahagi kepada dua punca iaitu punca dalaman (endogenous) dan punca luaran (exogenous).

Perubahan metabolisma dalaman (endogenous) terjadi bila mana sel melakukan metaboslima sebagai salah satu proses normal namun ia mengeluarkan radikal – radikal bebas. Dan radikal bebas ini akan mengalir melalui darah dan memberi kesan kepada sel – sel lain. Salah satu contohnya seperti stress.

Dan punca luaran (exogenous) pula ialah pencemaran daripada radikal bebas seperti asap kenderaan, rokok, cahaya matahari dan pemakanan.

Kita boleh mencegah DNA daripada berubah menjadi sel kanser melalui pemakanan yang sihat. Pun begitu, apabila seseorang itu telah sampai kepada kanser tahap empat atau terakhir, kaedah pencegahan melalui pemakanan tidak efektif. Pesakit perlu melalui pembedahan.

Contoh – contoh pembentukan kanser dalam badan berlaku seperti jika terdapat ulser berterusan di dalam mulut yang walaupun telah dirawat tetapi ia tetap tidak sembuh – sembuh. Kebanyakan punca utamanya ialah kerana merokok.

Kanser payudara pula berlaku daripada faktor hormon yang terganggu akibat daripada pengambilan minyak yang salah seperti minyak asid lemak trans seperti marjerin dan krimer.

Beliau turut mendedahkan, minyak terbaik untuk mencegah kanser payudara ialah minyak zaitun. Hanya setitis minyak zaitun yang di letakkan di atas sel kanser yang ada pada seekor tikus, sel kanser itu terus mati. Ini kerana minyak zaitun bertindak dengan pantas sebagai anti kanser.

Tambahan lagi, minyak zaitun mengandungi lemak sihat iaitu mono unsaturated asid, asid oleik, antioksida, vitamin E dan oleuropein yang membantu mencegah kanser.

-------------------------------

Amalan berterusan dengan pemakanan yang tinggi kandungan antioksida seperti minyak zaitun dan jus delima Azerbaijan keluaran Olive House, boleh menghasilkan antioksida yang berlipat kali ganda. Memberi perlindungan maksimum untuk tubuh daripada serangan penyakit kanser, si pembunuh kejam.