MINYAK ZAITUN – KEAJAIBAN SEMULAJADI YANG PATUT DIHARGAI



Mengapa minyak zaitun diletakkan sebagai salah satu minyak yang sangat disyorkan oleh pakar kesihatan dan perubatan? Sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah sekarang saintis menemui terlalu banyak kelebihan minyak zaitun untuk kesihatan manusia. Salah satu komponen utama yang begitu berkuasa dalam minyak zaitun ialah ‘olea europia’ iaitu ‘polyphenols’ yang membantu menurunkan kolesterol berlebihan dalam badan dan membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.





Apa itu ‘Oleuropein’ atau ‘polyphenols’ ? Ia sebenarnya antioksida di dalam minyak zaitun yang beperanan membentuk segala kebaikan dan menyingkirkan keburukan sel-sel penyakit dalam badan manusia. Bahan ini jugalah bertanggungjawab menjadi anti radang dan anti bakteria yang membuatkan tubuh manusia lebih kebal daripada sebarang serangan penyakit termasuklah penyakit berjangkit seperti selesema, batuk ataupun demam.



Masyarakat Mediterranean merupakan penduduk yang telah lama mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan mereka. Sememangnya banyak kajian saintifik di lakukan ke atas masyarakat tersebut menemui taraf kesihatan mereka begitu baik jika dibandingkan dengan masyarakat yang tidak mengamalkan minyak zaitun.


Tambahan lagi, menerusi kajian yang pernah dijalankan, minyak zaitun dipercayai telah memanjangkan jangka hayat penduduk di negara itu kerana sistem pertahanan tubuh mereka lebih kuat dan kadar kolesterol dapat dikawal dengan sentiasa mengamalkan minyak zaitun.


Keupayaan minyak zaitun tidak terhad untuk melindungi manusia daripada ancaman penyakit kronik seperti kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetis, strok ataupun sakit jantung. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati masalah luaran seperti kulit dan rambut dengan cara disapu pada bahagian yang bermasalah.


Misalnya, penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, dan jerawat dapat diatasi dengan hanya disapu setiap hari. Begitu juga halnya dengan rambut, amalan sapu minyak zaitun di bahagian kulit kepala dan rambut dapat membantu menyuburkan kembali kesihatan rambut.


Sebenarnya terdapat banyak lagi kajian khusus ke atas setiap penyakit-penyakit manusia yang telah cuba dipulihkan dengan menggunakan minyak zaitun. Kebanyakan daripadanya menunjukkan impak yang positif.


Itulah keajaiban pohon zaitun yang pernah disebut di dalam Al-Quran. Sebagai umat islam, kita dituntut untuk menjadikan minyak zaitun sebagai amalan dalam pemakanan kerana ia merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, yang memberikan kesihatan yang baik dan seribu keberkatan terkandung di dalamnya.

No comments:

Post a Comment