Bila
bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya
dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.
Maksud
obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak
di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
Hakikatnya,
obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat
elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna
kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini
menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut
hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.
Situasi
tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia
memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula
mengalami masalah berat badan melampau atau obes.
Makanan Manis Punca Obesiti
Terdapat
beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman
sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama
makanan manis.
Makanan yang tinggi kandungan gula dan
berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam
darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak
insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.
Lama-kelamaan,
paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi
lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk
meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya
obesiti yang membawa pelbagai penyakit.
Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak
Obesiti
ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu
kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori
setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita
memerlukan 2000 kalori setiap hari.
Nilai kalori ini boleh
mempengaruhi berat badan seseorang. Jika anda mahu menurunkan berat
badan, kurangkan kalori makanan dan bersenam untuk membakar kalori.
Sekiranya mahu tambah berat badan, tambahkan kalori makanan dan buat
senaman berat.
Tetapi masalah berlaku apabila kebanyakan orang
gemar makan berlebihan dan jarang melakukan senaman. Tabiat ini akan
menyebabkan badan cepat naik dan boleh menjadi obesiti sekiranya tidak
dibendung.
Orang yang ada berat berlebihan ini memang suka makan
walaupun perut tidak lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk
berjam-jam tanpa melakukan kerja-kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam
makanan yang tidak digunakan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di
bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang dan lengan.
-----------------------------------------
Gemuk Berlebihan Sebab Genetik?
Ramai
menganggap tiada gunanya menurunkan berat badan hanya kerana percaya
“ini penyakit keturunan” atau “dah memang genetik aku.”
Sebenarnya ia tidak benar. Walaupun ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi, namun tidak ada sebab untuk menyalahkan sejarah ahli keluarga yang ada badan gemuk berlebihan.
Anda mungkin mewarisi tabiat makan berlebihan daripada ibu atau ayah anda dan ini menyebabkan anda obes tapi ianya boleh diubah.
Kebanyakan punca obesiti adalah kerana faktor luaran seperti pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.
Obesiti
tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku sedikit demi sedikit akibat
pemilihan makanan yang kurang berzat dan gaya hidup yang tidak sihat.
Sebab-Sebab Kesihatan
Dalam
kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan
faktor kesihatan atau penyakit yang tiada kaitan dengan pemakanan. Di
antara contoh penyakit adalah:
– Hypothyroidism – keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.
– Sindrom Cushing – sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid yang melampau.
Walaubagaimanapun,
kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan pesakit dapat
menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan.
Pengambilan
ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti. Ubat-ubatan seperti ubat
anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan kegemukan. Ini
mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada pengambilan
ubat-ubatan tersebut.
Kesan Obesiti Kepada Pesakit
Aspek kesihatan disebabkan obesiti adalah kesan yang paling ketara kerana lebihan lemak di dalam badan pesakit.
Orang
yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam kali lebih tinggi
berbanding orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007 yang diterbitkan di
dalam Archives of Internal Medicine mendapati orang yang ada berat badan
berlebihan berisiko menghidap penyakit jantung sebanyak 32% manakala
peratus mendapat sakit jantung bagi orang yang mengalami obesiti adalah
81%.
Kebarangkalian untuk mendapat penyakit angin ahmar juga
tinggi bagi penghidap obesiti. Laporan pada tahun 2010 yang diterbitkan
di dalam jurnal Stroke mendedahkan bahawa peratusan bagi orang yang obes
untuk menghidap angin ahmar meningkat sebanyak 64%.
Masalah
kencing manis sememangnya berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90% orang
yang obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam
nyawa. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan
kerosakan buah pinggang, mata boleh menjadi buta dan kudung kedua-dua
belah kaki.
Menurut pakar, obesiti menjadi punca penyakit kanser
hingga menyebabkan kematian. Kajian daripada American Cancer Society
yang diterbitkan di dalam jurnal The New England Journal of Medicine
mendapati 14% kes kematian pesakit kanser lelaki dan 20% kes kematian
pesakit kanser wanita adalah disebabkan oleh obesiti.
Obesiti juga
mempengaruhi kesihatan mental pesakit terutamanya yang berkaitan dengan
kemurungan. Kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam Archives
of General Psychiatry mendapati risiko orang yang mengalami obesiti
untuk menghidap kemurungan berbanding orang yang memiliki berat normal
adalah sebanyak 55%. Faktor keyakinan diri yang rendah dan stigma
masyarakat terhadap orang gemuk juga boleh mencetuskan kemurungan.
------------------------------------
Cara Mengatasi Obesiti
Obesiti dapat diatasi menerusi rawatan dan juga intervensi kepada pesakit.
Menurut
pakar, pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan melakukan
aktiviti senaman, menukar menu makanan daripada kurang sihat kepada
sihat dan memperbaiki tingkah laku terhadap makanan. Sebahagian pesakit
perlu mengambil ubat-ubatan manakala ada juga yang perlu menjalani
surgeri.
Ubah Diet Untuk Lawan Obesiti – Doktor menyarankan
pesakit obesiti untuk mengurangkan jumlah kalori makanan harian dan
melebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
Antara buah buahan yang dapat membantu dalam mengawal obesiti adalah buah delima dan buah teen. Disamping itu, gunakan minyak zaitun dalam penyediaan makanan harian.
Walaupun
diet makanan telah berubah, namun pesakit perlu mempelbagaikan makanan
untuk mengelakkan kebosanan. Pengambilan gula, karbohidrat dan lemak tak
sihat perlu dikurangkan dengan segera.
Pesakit yang kurang
bermotivasi untuk mengubah diet perlu mendapatkan khidmat doktor, pakar
pemakanan atau menjalani program kurus badan yang diperakui.
Ini kerana kaedah diet tanpa pengawalan dan ikut suka-suka akan menyebabkan beberapa masalah lain seperti:
– Pesakit akan membahayakan kesihatan mereka
– Pesakit mungkin akan mengalami kemerosotan vitamin di dalam badan
– Pesakit mungkin akan berhenti buat diet sekiranya berat badan masih belum turun
Oleh itu, mereka yang sememangnya obes atau memiliki berat badan yang melampau perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.
Lakukan Aktiviti Fizikal
Formula
untuk mengurangkan berat badan adalah mudah; lebih banyak anda
bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk kurus. Untuk menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori
dengan bersenam. Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan
perlahan-lahan untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian. Gabungkan
aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan meningkatkan peluang untuk
kurus secara berkesan.
Cuba lakukan apa-apa aktiviti yang boleh
membuatkan anda bergerak. Sekiranya anda kerap menaiki lif ke tempat
kerja, apa kata cuba menaiki tangga untuk sampai ke pejabat. Parkir
kereta jauh sedikit supaya anda boleh kerap berjalan.
Jika anda
pergi ke kedai dan jaraknya adalah dekat, cuba berjalan kaki dan
tinggalkan kereta di rumah. Biasakan diri untuk bergerak lebih banyak
supaya lebih banyak kalori dapat dibakar.
Pesakit obes yang
kritikal, tidak cergas dan ada masalah kesihatan perlu mendapatkan
nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa
kegiatan fizikal.
----------------------------------------
Pengambilan Ubat-ubatan Untuk Mengatasi Obesiti
Ubat-ubatan hospital adalah langkah terakhir untuk merawat obesiti.
Sekiranya
pesakit mendapati dirinya amat sukar untuk mengurangkan berat badan
dengan senaman dan diet sihat atau paras obesiti paras adalah kritikal
dan boleh mengancam nyawanya, pesakit itu perlu mengambil ubat-ubatan
khas.
Terdapat beberapa kriteria lain yang perlu diperhalusi sebelum doktor mengeluarkan perskripsi ubat kepada pesakit obesiti:
– Kesemua kaedah untuk mengurangkan berat badan adalah gagal sepenuhnya
– Pesakit menghidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung
– Pesakit tidak mampu bergerak dan perlu bantuan orang
Satu daripada ubat yang disyorkan oleh pakar untuk merawat obesiti adalah Xenical.
Namun ubat-ubatan ini perlu diambil berterusan oleh pesakit. Sekiranya
berhenti makan atau terputus bekalan, terdapat kebarangkalian berat
badan akan naik semula.
Surgeri menurunkan berat badan
Obesiti dapat diatasi menerusi surgeri khusus yang dikenali sebagai Bariatric Surgery.
Ia dilakukan khusus untuk pesakit obes kritikal di mana sebahagian
perut atau usus kecil pesakit dikeluarkan. Selepas tamat rawatan, berat
badan pesakit akan menurun.
Secara ringkasnya, Bariatric Surgery
mengubah keadaan perut atau usus kecil supaya pesakit tidak dapat makan
banyak. Ini membantu mengurangkan kalori makanan yang diambil,
seterusnya membantu mengurangkan berat badan.
Menurut American Society for Bariatric and Metabolic Surgery, Bariatric Surgery dapat merawat penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
-------------------------------------
Membudayakan amalan sihat
Pencegahan
adalah lebih baik daripada merawat. Mungkin itu adalah pernyataan yang
sesuai untuk mengurangkan masalah obesiti yang berleluasa di kalangan
masyarakat hari ini.
Kelimpahan makanan yang beraneka jenis dan
budaya makan rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup
kita. Fenomena restoran hipster dan ‘food truck’ menjadikan tabiat
makanan kita berubah dengan kemudahan menikmati pelbagai juadah yang
menyelerakan tanpa halangan.
Walaupun banyak program dan kempen
kesihatan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, namun kesedaran untuk
membudayakan amalan sihat hanya bermula di peringkat individu itu
sendiri. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah
obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa yang
terbaik untuk kesihatan dirinya.
-----------------------------
Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
No comments:
Post a Comment