Apakah diet untuk kencing manis? Dalam artikel ini Aafiyat Lifestyle menyediakan senarai ringkas pemakanan yang perlu dielak dan juga yang terbaik untuk pesakit kencing manis.
Kebanyakan kita beranggapan bahawa pesakit kencing manis perlu mengurangkan makanan manis
yang dihasilkan daripada gula ringkas. Secara asasnya, makanan yang
manis dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat berbanding
makanan yang berkanji.
Perkara ini sememangnya benar jika makanan
manis diambil secara terus, akan tetapi jika makanan manis diambil
bersama makanan seimbang yang tinggi serat, kadar peningkatan gula dalam
darah dapat diperlahankan.
Ada
pendapat menyatakan jenis kategori karbohidrat dapat memberi kesan
berbeza terhadap paras gula dalam darah. Namun begitu, kebanyakan pakar
menyatakan bahawa bukan jenis kategori karbohidrat yang perlu diberi
tumpuan.
Sebaliknya, apa yang penting ialah jumlah keseluruhan
karbohidrat yang diambil. Ini kerana jumlah karbohidrat yang diambil
memberi kesan lebih ketara terhadap perubahan paras gula dalam darah dan
bukannya jenis korbohidrat (karbohidrat) itu sendiri.
----------------------------------
Makanan yang Perlu Dijauhi oleh Pesakit Kencing Manis
Makanan yang tinggi dengan Lemak
Lemak
terbahagi kepada dua jenis, iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Bagi
pesakit diabetes, pengambilan lemak perlu dikurangkan terutama lemak
tepu. Sumber lemak tepu biasanya didapati daripada haiwan. Contoh lemak
tepu ialah daging berlemak, susu, keju dan mentega.
Ada juga lemak
trans (trans fat) yang sangat bahaya kepada kesihatan. Pengambilan
lemak trans boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam darah.
Selain itu, lemak trans dalam kebanyakan makanan yang di proses juga
mengandungi garam dan gula berlebihan. Seperti lemak tepu, pengambilan
lemak trans boleh memudaratkan lagi penyakit kencing manis.
Karbohidrat Ringkas
Kumpulan makanan ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Disamping itu, ia juga adalah antara penyebab peningkatan berat badan.
Contoh
kumpulan karbohidrat ringkas ialah semua jenis gula (gula putih, gula
merah dan gula batu), ais krim, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin
yang ditambah dengan sirap serta makanan dan minuman manis seperti air
kordial dan kuih-muih.
Oleh itu, makanan mengandungi karbohidrat ringkas perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.
Makanan Bergoreng
Pesakit
kencing manis juga hendaklah mengurangkan pengambilan makanan
bergoreng, terutama makanan yang digoreng menggunakan minyak
terhidrogenasi. Ini kerana minyak tersebut cenderung untuk meningkatkan
kadar kolesterol jahat dalam badan.
Minyak hidrogenasi
(hydrogenation) ialah minyak yang terhasil daripada reaksi kimia selepas
proses pengeluaran dan pengolahan produk minyak goreng
----------------------------------
Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
Karbohidrat
Karbohidrat
adalah sumber tenaga dimana unsur ini biasanya terdapat di dalam
makanan mengandungi kanji dan gula. Perlu diketahui bahawa karbohidrat
adalah komponen utama yang mempengaruhi paras gula dalam darah. Oleh
itu, jumlah dan jenis karbohidrat yang dimakan sangat perlu diambil
perhatian.
Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis, iaitu
karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks. Karbohidrat ringkas perlu
dielakkan dalam makanan harian bagi pesakit kencing manis, manakala
karbohidrat kompleks pula perlu dikawal pengambilannya.
Karbohidrat
kompleks akan dicerna dan diserap secara perlahan ke dalam salur darah.
Ia tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara
mendadak. Namun, pengambilan makanan daripada kumpulan ini hendaklah
secara berdikit mengikut waktu makan, bukan dimakan sekali gus dalam
kuantiti yang banyak pada satu masa yang sama.
Contoh makanan mengandungi karbohidrat kompleks ialah:
- Bijirin seperti nasi, roti, pasta dan mee.
- Sayuran berkanji seperti lobak, ubi kentang, jagung dan labu.
- Kekacang seperti kacang pis, kacang hijau dan kacang dal.
- Susu seperti susu segar, susu rendah lemak dan yogurt asli rendah lemak.
- Buah-buahan seperti epal, oren, pisang dan jambu batu.
Protein
Ada
banyak sumber protein yang boleh diambil oleh pesakit kencing manis.
Ini termasuklah daging lembu, ayam, ikan, makanan laut, kacang, keju,
telur, kacang, dan tauhu.
Namun, pesakit kencing manis perlu memilih makanan yang mempunyai sumber protein rendah lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging tanpa lemak.
Serat
Serat
adalah sumber tumbuhan yang sukar untuk dihadam. Ia penting kerana
dapat membantu melambatkan proses penyerapan glukosa ke dalam salur
darah. Justeru, pesakit kencing manis digalakkan mengambil makanan manis bersama serat bagi menghalang kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak.
Selain
itu, serat dapat melambatkan pengosongan perut serta mengurangkan
kenaikan paras gula dalam darah Serta menyebabkan anda berasa tidak
lapar. Selain itu, kajian menunjukkan serat dapat membantu mengurangkan
paras kolesterol jahat dalam darah.
Terdapat dua jenis serat,
iaitu serat larut air (oat, kekacang, sayuran dan buahan) dan serat
tidak larut air ( bijirin penuh dan beras perang).
------------------------------------
Pemanis Tiruan
Pemanis
tiruan adalah alternatif kepada gula. Ia memberi rasa manis, tetapi
tiada kalori. Pemanis tiruan tidak akan meningkatkan paras gula dalam
darah. Anda perlu merujuk kepada pegawai pemakanan bagi mendapatkan
maklumat mengenai jumlah dan jenis pemanis tiruan yang boleh diambil
pesakit kencing manis.
Berdasarkan fakta di atas, adalah jelas
bahawa jumlah pengambilan karbohidrat perlu dititikberatkan
(dititik-beratkan oleh pesakit kencing manis.
Ini kerana karbohidrat memainkan peranan penting mengawal paras gula dalam darah dan pengambilan setiap jenis makanan juga perlu diseimbangkan.
Selain
itu, waktu makan yang tetap dan kuantiti makanan yang sedikit tetapi
kerap perlu diamalkan pesakit kencing manis untuk membantu mengembalikan
paras gula yang normal dalam darah.
Untuk membantu mengawal jumlah makanan yang diambil, pesakit kencing manis bolehlah mengamalkan pengambilan minyak zaitun setiap pagi.
----------------------------------
Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775
No comments:
Post a Comment