Khasiat Buah Tin dan Asal Usulnya

Khasiat Buah Tin Dan Asal Usulnya

Pokok Buah Tin dikatakan antara pokok pertama yang didomestikkan oleh manusia. Ada riwayat yang mengatakan pokok buah Tin asalnya ditanam oleh para petani dari Timur Tengah. Mereka dapati bahawa pokok buah Tin ini begitu senang untuk ditanam dan dicambah meskipun berada dalam keadaan geografi yang panas, tandus dan kering kontang.

Pada masa itu, para petani berinovasi ini berjaya menghasilkan banyak pokok buah Tin. Mereka hanya menanam semula dahan dari pokok buah Tin yang asal. Dalam masa dua atau tiga tahun sahaja, dahan yang datang dari pokok induk tadi menjadi matang dan menghasilkan buah yang banyak.


Jadi, tidak hairanlah khabar berita tentang kebaikan buah tin ini tersebar dengan begitu cepat dan menyeluruh. Berita mengenainya tersebar sehingga ke pelusuk Mediterranean dan kemudian ke Eropah. Dimana sahaja kapal berlayar dan kemana sahaja ‘Caravan’ unta pergi, buah tin dibawa untuk berdagang. Kebaikan dan khasiatnya dikongsi beramai ramai.


Tahun demi tahun, abad demi abad, semakin ramai mengenali khasiat dan kebaikan buah Tin. Sehinggalah tiba giliran para petani dari Sepanyol, Portugal, Maghribi (Morocco), Turki, Greece, Perancis dan lain-lain lagi untuk menanam dan mengkacuk buah tin. Akhirnya terhasillah pelbagai jenis buah Tin.

Jom kita tengok beberapa jenis buah tin yang ada dan kenali sejarah dan khasiatnya.

------------------------------------------


Buah Tin Black Mission




Antara variasi buah tin yang paling digemari dan senang dijumpai di seluruh dunia adalah Buah Tin Black Mission (Common Fig). Buah tin ini dipercayai datang daripada benih pokok yang berada di Kepulauan Balearic, Timur Sepanyol dimana disitu juga terdapat Pulau Mallorca, sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai pantai-pantai yang cantik.

Jenis buah tin ini, dulunya dikenali sebagai Franciscana kerana diangkat sebagai Buah Tin Utama oleh Pergerakan Katolik di waktu itu. Semasa Sepanyol datang ke benua Amerika, industri buah tin berkembang pesat di daerah California dan namanya ditukar kepada Black Mission.

Buah tin yang dibeli dan dimakan pada hari ini, majoritinya adalah daripada variasi Black Mission (Common Fig) ini.

Bagaimana pula dengan rasanya? Buah tin ini bersaiz agak kecil dengan isinya lembut berwarna merah jambu. Isi didalamnya sarat dengan biji dan memberikan rasa yang rangup dan lembut apabila dikunyah. Tekstur nya pula, bagi buah yang sudah masak, isinya lembut ibarat jem. Buah tin ini, apabila dipetik yang kering, rasanya seakan buah prun, tetapi lebih manis dan kenyal.


---------------------------------------


Buah Tin Brown Turkey




Buah Tin Brown Turkey ini amat popular. Ia juga ditanam di merata tempat di seluruh dunia. Mengikut sumber, ianya diperkenalkan di England pada sekitar awal abad ke-18. Kemungkinan besar dibawa oleh pedagang Itali.

Ada juga sumber menyatakan Buah Tin Brown Turkey ini pertama kali didokumentasikan di Provence, France. Buah tin ini telah melalui proses naturalisasi untuk membolehkan ia tumbuh dalam iklim separa sejuk di Barat Mediterranean. Pokok buah tin ini akan lebih subur jika ia ditanam di iklim yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun seperti di Selatan California, Timur Tengah dan juga Asia Tenggara.


--------------------------------------


Buah Tin Desert King




Buah Tin Desert King ini ialah jenis buah tin yang boleh tumbuh di kawasan sejuk terutama di Barat Laut benua Amerika. Pokok Buah Tin jenis ini dikatakan dijumpai buat pertama kalinya di daerah Madera, California pada tahun 1930. Buah Tin Desert King ini berbentuk seakan jambu air, berwarna hijau dan mempunyai isi yang merah-keunguan. Apabila buah ini telah masak sepenuhnya, kulitnya akan bertukar dari hijau ke sedikit kekuningan.


-------------------------------------------


Buah Tin Sierra




Sierra ialah variasi baru Buah Tin yang berkulit hijau yang menyerupai variasi Calimyrna, berasal dari Barat Turkey. Buah tin ini besar dan bulat. Ianya biasa dimakan dengan keju dan minyak zaitun.

Begitu lah beberapa jenis buah tin yang terdapat di seluruh dunia. Ternyata buah tin ini amat unik dan mempunyai banyak variasi mengikut iklim dan kacukan.

Mana satu anda pernah cuba dan yang manakah menjadi pilihan hati?

#buahtin
#olivehouse

Khasiat dan Manfaat Olivie Plus 30X



Kandungan khasiat berlipat ganda lebih tinggi dari pati minyak zaitun biasa. Ini terjadi akibat tanah yang kering dan persekitaran gurun yang teruk telah menyebabkan pohon zaitun mengeluarkan lebih bahan pertahanan dalam selnya dan seterusnya membawa buah zaitun tersebut kepada satu aras peningkatan nilai khasiat 25 ke 30 kali ganda lebih tinggi Hydroxytyrosol dan 10 kali ganda lebih tinggi dari jumlah Polyphenol. Kandungan ini mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak (blood brain barrier) kerana ia adalah molekul antioksidan yang paling kecil dan unik.

Ia membantu menurunkan paras LDL (kolestrol tidak baik) dan Trigeliserida (menghalang deposit kolestrol pada dinding salur darah yang menyebabkan Atherosclerosis) dan pencegahan terhadap kanser (payudara, usus, prostat dan leukemia) dan penyakit Neurodegenerative (Alzheimer).


-------------------------------------------------------------


Kaedah Pemakanan


1 botol = 25 hari penggunaan dengan 1 sudu besar sehari

Tip: Ambil dua (2) sudu sehari minyak zaitun pada waktu pagi dan malam sebelum makan.

Hydroxytyrosol
30 kali ganda lebih dari pati minyak zaitun biasa

Polyphenol
10 kali ganda lebih dari pati minyak zaitun biasa














-------------------------------


Ingin mendapatkan produk Olivie dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775

Kencing Manis : Cara Elak, Jaga dan Rawat Luka

Penyakit kencing manis (diabetes) adalah masalah kesihatan berkaitan paras gula (glukosa) tinggi dalam darah. Ia adalah penyakit yang berkaitan dengan kegagalan fungsi hormon insulin yang dihasilkan pankreas.


Insulin berfungsi mengawal keseimbangan glukosa dalam badan dengan membantu pergerakan glukosa daripada darah ke dalam sel. Namun, bagi pesakit kencing manis, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah.





Kandungan glukosa yang tinggi secara konsisten dalam darah akan merosakkan sistem saraf, terutama di bahagian kaki dan tangan. Kerosakan sistem saraf ini akan menyebabkan pesakit kehilangan upaya untuk mengesan sentuhan, kesakitan, perubahan suhu dan perubahan pada sendi kaki sama ada pada sebelah kaki sahaja atau kedua-dua belah.


Itulah sebabnya pesakit kencing manis tidak menyedari jika kaki mereka mengalami luka. Lebih malang lagi, penyakit kencing manis turut mengakibatkan peredaran darah menjadi lemah dan menyebabkan luka lambat sembuh.


--------------------------

[ Cara Elak Luka ]

Perkara yang perlu dielakkan bagi seorang pesakit diabetes ialah luka. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ Berikut adalah lima cara yang dapat anda lakukan untuk mengelakkan diri anda daripada mendapat luka, lebih-lebih lagi di bahagian kaki:

1. Pemeriksaan Yang Kerap

Periksa tubuh anda terutamanya di setiap celah jari kaki dan tapak kaki supaya anda sedar jika ada luka kecil. Gunakan cermin untuk melihat pada bahagian yang sukar dilihat.


2. Pastikan Kulit Bersih Setiap Hari

Mandi secara cermat dan sekata agar keseluruhan badan menjadi bersih terutama di bahagian celahan anggota.

3. Sapu Losyen

Pastikan kulit anda tidak kering dan sapu losyen untuk kekalkan kelembapan kulit. Namun, jangan biarkan kulit anda basah, terutama di bahagian kaki. Kaki yang basah, terutama di celah jari, akan berisiko terkena jangkitan kulat (fungus).


4. Kasut yang Bersih dan Selesa

Pakai kasut yang bersih dan selesa untuk kaki anda. Pemilihan kasut yang bersesuaian juga sangat penting untuk elakkan luka. Antara ciri kasut yang sesuai bagi pesakit kencing manis ialah bertutup, tapak rata atau sedikit tumit, tapak dalam kasut lembut, kasut yang diperbuat daripada getah dan sentiasa berstokin atau kasut yang menyerap peluh. Dan, sangat penting untuk pastikan tidak ada jahitan atau lipatan tajam yang boleh menyebabkan kaki anda luka.


5. Kuku Sentiasa Pendek

Pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek dan bersih. Potong kuku dengan cermat agar tidak tertinggal serpihan kuku di celah kulit yang boleh mengakibatkan cekam. Ini kerana, cekam boleh menyebabkan jangkitan.


----------------------

[ Penjagaan Luka ]


Luka pesakit diabetes perlu dijaga serapi mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman. Tiga langkah penjagaan luka yang boleh diamalkan ialah:


1. Keluarkan Tisu Mati

Masalah berkaitan sel mati (nekrosis) dan tisu berlebihan sering terjadi pada luka pesakit diabetes. Justeru, tisu mati pada luka pesakit perlu dikeluarkan dan dibersihkan secara cermat.

Ini kerana tisu mati boleh menggalakkan bakteria dan toksin yang mengakibatkan jangkitan. Ia juga akan menyukarkan anda untuk memeriksa keadaan tisu di lapisan bawah.


2. Pakaian Bersih

Pesakit diabetes juga perlu kerap menukar pakaian. Ini dapat membantu mengurangkan bakteria, sekali gus mengekalkan tahap kelembapan yang sesuai untuk luka berkenaan.


3. Elakkan Tekanan Pada Luka

Tekanan akan menyebabkan kerosakan pada kulit dan akhirnya akan menyebabkan luka semakin dalam. Justeru, posisi pesakit perlu sentiasa dialih agar tempat luka tidak menerima tekanan secara berterusan.


-------------------------------

[ Cara Merawat Luka ]

Luka pesakit kencing manis akan mengambil masa lebih panjang untuk sembuh berbanding individu normal. Oleh itu, amat penting untuk anda merawat luka berkenaan agar segera sembuh bagi mengelakkan kemudaratan. Empat cara untuk merawat luka pesakit diabetes ialah:


1. Diet Seimbang

Pesakit kencing manis perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Nutrisi yang baik membantu mengawal paras gula dalam darah. Vitamin C dan protein dari pemakanan juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.





2. Bersenam

Keradangan yang kronik adalah gejala biasa yang dihadapi pesakit kencing manis. Dengan senaman, radang ini dapat dikurangkan. Senaman dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu, ia dapat mengurangkan berat badan yang menjadi satu daripada faktor mengawal tahap glukos dalam darah.


3. Berhenti Merokok

Jika anda seorang perokok, sila hentikan amalan buruk ini! Tanpa rokok, peredaran darah akan menjadi semakin lancar, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan anda.


4. Amalkan Madu


Ada dapatan kajian menunjukkan madu sangat berkesan sebagai ejen penyembuhan bagi ulser pesakit diabetes. Pengambilan madu asli secara berkala dapat membantu pesakit kencing manis mengurangkan penggunaan gula. Gantikan gula dengan 1/2 sudu kecil madu asli dalam minuman harian seperti teh-0.


Luka bagi seorang pesakit kencing manis adalah perkara serius yang tidak boleh diambil ringan. Jika luka, jangan cuba merawatnya sendiri di rumah. Sila ke klinik berdekatan untuk rawatan. Walaupun luka kecil, ia boleh menjadi ulser yang serius dan mungkin membawa mudarat kepada keseluruhan kaki anda.


---------------------------------

Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775

Obesiti – Punca, Kesan dan Cara Mengatasinya

Obesiti – Punca, Kesan dan Cara Mengatasinya


Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.

Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.


Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes.

 

Makanan Manis Punca Obesiti

Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.



Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.

 

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak

Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000 kalori setiap hari.

Nilai kalori ini boleh mempengaruhi berat badan seseorang. Jika anda mahu menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan dan bersenam untuk membakar kalori. Sekiranya mahu tambah berat badan, tambahkan kalori makanan dan buat senaman berat.

Tetapi masalah berlaku apabila kebanyakan orang gemar makan berlebihan dan jarang melakukan senaman. Tabiat ini akan menyebabkan badan cepat naik dan boleh menjadi obesiti sekiranya tidak dibendung.

Orang yang ada berat berlebihan ini memang suka makan walaupun perut tidak lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk berjam-jam tanpa melakukan kerja-kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam makanan yang tidak digunakan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang dan lengan.

-----------------------------------------

Gemuk Berlebihan Sebab Genetik?

Ramai menganggap tiada gunanya menurunkan berat badan hanya kerana percaya “ini penyakit keturunan” atau “dah memang genetik aku.”



Sebenarnya ia tidak benar. Walaupun ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi, namun tidak ada sebab untuk menyalahkan sejarah ahli keluarga yang ada badan gemuk berlebihan.

Anda mungkin mewarisi tabiat makan berlebihan daripada ibu atau ayah anda dan ini menyebabkan anda obes tapi ianya boleh diubah.

Kebanyakan punca obesiti adalah kerana faktor luaran seperti pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.

Obesiti tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku sedikit demi sedikit akibat pemilihan makanan yang kurang berzat dan gaya hidup yang tidak sihat.

 

Sebab-Sebab Kesihatan

Dalam kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan faktor kesihatan atau penyakit yang tiada kaitan dengan pemakanan. Di antara contoh penyakit adalah:

– Hypothyroidism – keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.

– Sindrom Cushing – sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid yang melampau.
Walaubagaimanapun, kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan pesakit dapat menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti. Ubat-ubatan seperti ubat anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan kegemukan. Ini mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut.

 

Kesan Obesiti Kepada Pesakit

Aspek kesihatan disebabkan obesiti adalah kesan yang paling ketara kerana lebihan lemak di dalam badan pesakit.

Orang yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam kali lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007 yang diterbitkan di dalam Archives of Internal Medicine mendapati orang yang ada berat badan berlebihan berisiko menghidap penyakit jantung sebanyak 32% manakala peratus mendapat sakit jantung bagi orang yang mengalami obesiti adalah 81%.

Kebarangkalian untuk mendapat penyakit angin ahmar juga tinggi bagi penghidap obesiti. Laporan pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke mendedahkan bahawa peratusan bagi orang yang obes untuk menghidap angin ahmar meningkat sebanyak 64%.

Masalah kencing manis sememangnya berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90% orang yang obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam nyawa. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata boleh menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki.

Menurut pakar, obesiti menjadi punca penyakit kanser hingga menyebabkan kematian. Kajian daripada American Cancer Society yang diterbitkan di dalam jurnal The New England Journal of Medicine mendapati 14% kes kematian pesakit kanser lelaki dan 20% kes kematian pesakit kanser wanita adalah disebabkan oleh obesiti.

Obesiti juga mempengaruhi kesihatan mental pesakit terutamanya yang berkaitan dengan kemurungan. Kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam Archives of General Psychiatry mendapati risiko orang yang mengalami obesiti untuk menghidap kemurungan berbanding orang yang memiliki berat normal adalah sebanyak 55%. Faktor keyakinan diri yang rendah dan stigma masyarakat terhadap orang gemuk juga boleh mencetuskan kemurungan.

 

------------------------------------

 

Cara Mengatasi Obesiti

Obesiti dapat diatasi menerusi rawatan dan juga intervensi kepada pesakit.

Menurut pakar, pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan melakukan aktiviti senaman, menukar menu makanan daripada kurang sihat kepada sihat dan memperbaiki tingkah laku terhadap makanan. Sebahagian pesakit perlu mengambil ubat-ubatan manakala ada juga yang perlu menjalani surgeri.

Ubah Diet Untuk Lawan Obesiti – Doktor menyarankan pesakit obesiti untuk mengurangkan jumlah kalori makanan harian dan melebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
Antara buah buahan yang dapat membantu dalam mengawal obesiti adalah buah delima dan buah teen. Disamping itu, gunakan minyak zaitun dalam penyediaan makanan harian.

Walaupun diet makanan telah berubah, namun pesakit perlu mempelbagaikan makanan untuk mengelakkan kebosanan. Pengambilan gula, karbohidrat dan lemak tak sihat perlu dikurangkan dengan segera.

Pesakit yang kurang bermotivasi untuk mengubah diet perlu mendapatkan khidmat doktor, pakar pemakanan atau menjalani program kurus badan yang diperakui.
Ini kerana kaedah diet tanpa pengawalan dan ikut suka-suka akan menyebabkan beberapa masalah lain seperti:

– Pesakit akan membahayakan kesihatan mereka

– Pesakit mungkin akan mengalami kemerosotan vitamin di dalam badan

– Pesakit mungkin akan berhenti buat diet sekiranya berat badan masih belum turun

Oleh itu, mereka yang sememangnya obes atau memiliki berat badan yang melampau perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.

 

Lakukan Aktiviti Fizikal

Formula untuk mengurangkan berat badan adalah mudah; lebih banyak anda bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk kurus. Untuk menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori dengan bersenam. Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian. Gabungkan aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan meningkatkan peluang untuk kurus secara berkesan.

Cuba lakukan apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan anda bergerak. Sekiranya anda kerap menaiki lif ke tempat kerja, apa kata cuba menaiki tangga untuk sampai ke pejabat. Parkir kereta jauh sedikit supaya anda boleh kerap berjalan.

Jika anda pergi ke kedai dan jaraknya adalah dekat, cuba berjalan kaki dan tinggalkan kereta di rumah. Biasakan diri untuk bergerak lebih banyak supaya lebih banyak kalori dapat dibakar.
Pesakit obes yang kritikal, tidak cergas dan ada masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa kegiatan fizikal.

 

----------------------------------------

 

Pengambilan Ubat-ubatan Untuk Mengatasi Obesiti

Ubat-ubatan hospital adalah langkah terakhir untuk merawat obesiti.
Sekiranya pesakit mendapati dirinya amat sukar untuk mengurangkan berat badan dengan senaman dan diet sihat atau paras obesiti paras adalah kritikal dan boleh mengancam nyawanya, pesakit itu perlu mengambil ubat-ubatan khas.

Terdapat beberapa kriteria lain yang perlu diperhalusi sebelum doktor mengeluarkan perskripsi ubat kepada pesakit obesiti:

– Kesemua kaedah untuk mengurangkan berat badan adalah gagal sepenuhnya

– Pesakit menghidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung

– Pesakit tidak mampu bergerak dan perlu bantuan orang

Satu daripada ubat yang disyorkan oleh pakar untuk merawat obesiti adalah Xenical. Namun ubat-ubatan ini perlu diambil berterusan oleh pesakit. Sekiranya berhenti makan atau terputus bekalan, terdapat kebarangkalian berat badan akan naik semula.

 

Surgeri menurunkan berat badan

Obesiti dapat diatasi menerusi surgeri khusus yang dikenali sebagai Bariatric Surgery. Ia dilakukan khusus untuk pesakit obes kritikal di mana sebahagian perut atau usus kecil pesakit dikeluarkan. Selepas tamat rawatan, berat badan pesakit akan menurun.

Secara ringkasnya, Bariatric Surgery mengubah keadaan perut atau usus kecil supaya pesakit tidak dapat makan banyak. Ini membantu mengurangkan kalori makanan yang diambil, seterusnya membantu mengurangkan berat badan.

Menurut American Society for Bariatric and Metabolic Surgery, Bariatric Surgery dapat merawat penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

-------------------------------------


Membudayakan amalan sihat

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Mungkin itu adalah pernyataan yang sesuai untuk mengurangkan masalah obesiti yang berleluasa di kalangan masyarakat hari ini.

Kelimpahan makanan yang beraneka jenis dan budaya makan rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup kita. Fenomena restoran hipster dan ‘food truck’ menjadikan tabiat makanan kita berubah dengan kemudahan menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan tanpa halangan.

Walaupun banyak program dan kempen kesihatan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, namun kesedaran untuk membudayakan amalan sihat hanya bermula di peringkat individu itu sendiri. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa yang terbaik untuk kesihatan dirinya.

-----------------------------

Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775

Diet Untuk Kencing Manis

Diet Untuk Kencing Manis

Apakah diet untuk kencing manis? Dalam artikel ini Aafiyat Lifestyle menyediakan senarai ringkas pemakanan yang perlu dielak dan juga yang terbaik untuk pesakit kencing manis.

Kebanyakan kita beranggapan bahawa pesakit kencing manis perlu mengurangkan makanan manis yang dihasilkan daripada gula ringkas. Secara asasnya, makanan yang manis dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat berbanding makanan yang berkanji.




Perkara ini sememangnya benar jika makanan manis diambil secara terus, akan tetapi jika makanan manis diambil bersama makanan seimbang yang tinggi serat, kadar peningkatan gula dalam darah dapat diperlahankan.


Ada pendapat menyatakan jenis kategori karbohidrat dapat memberi kesan berbeza terhadap paras gula dalam darah. Namun begitu, kebanyakan pakar menyatakan bahawa bukan jenis kategori karbohidrat yang perlu diberi tumpuan.

Sebaliknya, apa yang penting ialah jumlah keseluruhan karbohidrat yang diambil. Ini kerana jumlah karbohidrat yang diambil memberi kesan lebih ketara terhadap perubahan paras gula dalam darah dan bukannya jenis korbohidrat (karbohidrat) itu sendiri.

----------------------------------
 

Makanan yang Perlu Dijauhi oleh Pesakit Kencing Manis

Donuts Sprinkles

 

Makanan yang tinggi dengan Lemak

Lemak terbahagi kepada dua jenis, iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Bagi pesakit diabetes, pengambilan lemak perlu dikurangkan terutama lemak tepu. Sumber lemak tepu biasanya didapati daripada haiwan. Contoh lemak tepu ialah daging berlemak, susu, keju dan mentega.
Ada juga lemak trans (trans fat) yang sangat bahaya kepada kesihatan. Pengambilan lemak trans boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam darah. Selain itu, lemak trans dalam kebanyakan makanan yang di proses juga mengandungi garam dan gula berlebihan. Seperti lemak tepu, pengambilan lemak trans boleh memudaratkan lagi penyakit kencing manis.

 

Karbohidrat Ringkas

Kumpulan makanan ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Disamping itu, ia juga adalah antara penyebab peningkatan berat badan.
Contoh kumpulan karbohidrat ringkas ialah semua jenis gula (gula putih, gula merah dan gula batu), ais krim, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin yang ditambah dengan sirap serta makanan dan minuman manis seperti air kordial dan kuih-muih.
Oleh itu, makanan mengandungi karbohidrat ringkas perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.

 

Makanan Bergoreng

Pesakit kencing manis juga hendaklah mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, terutama makanan yang digoreng menggunakan minyak terhidrogenasi. Ini kerana minyak tersebut cenderung untuk meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam badan.
Minyak hidrogenasi (hydrogenation) ialah minyak yang terhasil daripada reaksi kimia selepas proses pengeluaran dan pengolahan produk minyak goreng
 

----------------------------------

Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Sarapan Sihat Pagi Ahad

 

Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga dimana unsur ini biasanya terdapat di dalam makanan mengandungi kanji dan gula. Perlu diketahui bahawa karbohidrat adalah komponen utama yang mempengaruhi paras gula dalam darah. Oleh itu, jumlah dan jenis karbohidrat yang dimakan sangat perlu diambil perhatian.

Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis, iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks. Karbohidrat ringkas perlu dielakkan dalam makanan harian bagi pesakit kencing manis, manakala karbohidrat kompleks pula perlu dikawal pengambilannya.

Karbohidrat kompleks akan dicerna dan diserap secara perlahan ke dalam salur darah. Ia tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Namun, pengambilan makanan daripada kumpulan ini hendaklah secara berdikit mengikut waktu makan, bukan dimakan sekali gus dalam kuantiti yang banyak pada satu masa yang sama.

Contoh makanan mengandungi karbohidrat kompleks ialah:
  • Bijirin seperti nasi, roti, pasta dan mee.
  • Sayuran berkanji seperti lobak, ubi kentang, jagung dan labu.
  • Kekacang seperti kacang pis, kacang hijau dan kacang dal.
  • Susu seperti susu segar, susu rendah lemak dan yogurt asli rendah lemak.
  • Buah-buahan seperti epal, oren, pisang dan jambu batu.

 

Protein

Ada banyak sumber protein yang boleh diambil oleh pesakit kencing manis. Ini termasuklah daging lembu, ayam, ikan, makanan laut, kacang, keju, telur, kacang, dan tauhu.

Namun, pesakit kencing manis perlu memilih makanan yang mempunyai sumber protein rendah lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging tanpa lemak.

Serat

Serat adalah sumber tumbuhan yang sukar untuk dihadam. Ia penting kerana dapat membantu melambatkan proses penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Justeru, pesakit kencing manis digalakkan mengambil makanan manis bersama serat bagi menghalang kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak.

Selain itu, serat dapat melambatkan pengosongan perut serta mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah Serta menyebabkan anda berasa tidak lapar. Selain itu, kajian menunjukkan serat dapat membantu mengurangkan paras kolesterol jahat dalam darah.

Terdapat dua jenis serat, iaitu serat larut air (oat, kekacang, sayuran dan buahan) dan serat tidak larut air ( bijirin penuh dan beras perang).

------------------------------------

Pemanis Tiruan

Pemanis tiruan adalah alternatif kepada gula. Ia memberi rasa manis, tetapi tiada kalori. Pemanis tiruan tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah. Anda perlu merujuk kepada pegawai pemakanan bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah dan jenis pemanis tiruan yang boleh diambil pesakit kencing manis.

Berdasarkan fakta di atas, adalah jelas bahawa jumlah pengambilan karbohidrat perlu dititikberatkan (dititik-beratkan oleh pesakit kencing manis.

Ini kerana karbohidrat memainkan peranan penting mengawal paras gula dalam darah dan pengambilan setiap jenis makanan juga perlu diseimbangkan.

Selain itu, waktu makan yang tetap dan kuantiti makanan yang sedikit tetapi kerap perlu diamalkan pesakit kencing manis untuk membantu mengembalikan paras gula yang normal dalam darah.

Untuk membantu mengawal jumlah makanan yang diambil, pesakit kencing manis bolehlah mengamalkan pengambilan minyak zaitun setiap pagi.


----------------------------------

 
Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775

Jangan Abaikan Buah Pinggang Anda

Jangan Abaikan Buah Pinggang Anda

Buah pinggang adalah organ yang penting dan mempunyai pelbagai fungsi untuk menjaga kesihatan kita. Antara fungsi utama buah pinggang kita ialah menapis kotoran dari 200 liter darah kita dalam masa satu hari, membantu membina sel darah merah, mengeluarkan hormon yang mengawal tekanan darah & mengawal kandungan potassium, garam dan asid di dalam badan.

Fungsi-fungsi berkenaan dan banyak lagi fungsi buah pinggang akan terjejas apabila sesorang menghidap penyakit Chronic Kidney Disease (CKD).

Data pesakit buah pinggang pada 1993 menunjukkan 18 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. Selepas 20 tahun, pada 2013, angka itu meningkat kepada 23 orang bagi setiap satu juta penduduk.


Hasil kajian oleh kerajaan terus membimbangkan apabila diramal jumlah pesakit buah pinggang di negara ini meningkat menjadi 2.5 juta orang pada 2040.

Jumlah pesakit semakin meningkat di kalangan warga emas yang berumur 65 tahun ke atas. Dengan kata lain, apabila umur meningkat, pesakit buah pinggang turut meningkat.

Untuk lebih mengenali penyakit buah pinggang ini, kita perlu mengenali apakah penyebab penyakit buah pinggang atau Chronic Kidney Disease (CKD). Terdapat 5 faktor utama seseorang itu boleh menghidap penyakit buah pinggang, antaranya ialah:
  • Diabetes
  • Darah Tinggi
  • Keturunan yang menghidap penyakit buah pinggang
  • Lanjut Usia
  • Penggunaan ubat tahan sakit berlebihan

-------------------

Mengapa Diabetes atau Darah Tinggi menyebabkan masalah buah pinggang?

Untuk orang yang menghidapi Diabetes, kandungan glukos yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah di dalam buah pinggang.



Ini kemudian akan menyebabkan proses penapisan toksin yang tidak efisien dan secara langsung membuatkan buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menapis toksin. Tekanan darah yang tinggi juga akan merosakkan saluran darah dan juga menyebabkan proses penapisan darah menjadi tidak efisien.


Keratan Rentas Buah Pinggang 795x447

 

Bagaimana Mengesan Simptom Sakit Buah Pinggang?

Pada peringkat permulaan, agak sukar untuk dikesan simptom-simptom penyakit buah pinggang kerana ianya amat mudah untuk terlepas pandang & mungkin dianggap seperti penyakit biasa. Antaranya ialah:
  1. Kurang selera makan
  2. ‘Swelling Extremities’ – kaki atau tangan yang membengkak
  3. Kekejangan otot waktu malam
  4. Benjolan / kulit menimbul di sekeliling mata
  5. Kulit kering & gatal
  6. Perubahan dalam kekerapan kencing

Jika dibiarkan ia melarat, penyakit buah pinggang ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami mual-mual yang teruk, muntah-muntah, sesak nafas, kepenatan ataupun kematian.

Penyakit buah pinggang juga boleh meninggikan risiko seseorang itu menghidapi penyakit jantung dan strok.

---------------------------

Ingin mendapatkan produk dari Olive House untuk masalah buah pinggang anda???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775