6 FAKTA YANG HARUS DIKETAHUI TENTANG MINYAK ZAITUN
Kebanyakan dari kita sudah familiar dengan minyak zaitun dan sering menggunakannya, baik untuk digunakan sebagai makanan tambahan, kecantikan dan pelbagai kegunaan lain. Meskipun begitu, tidak ada salahnya jika kita menyingkap kembali tentang enam fakta penting yang harus diketahui mengenai minyak zaitun.
1. Apakah maksud 'extra virgin' ?
Istilah 'extra virgin' digunakan pada minyak zaitun yang berkualiti sangat tinggi. Pertama ianya dilihat dari sudut keasidan minyak yang kurang dari 0.8%. Maksud keasidan di sini tidak sama dengan keasidanan pada cuka atau lemon, melainkan kadar zat kimia dalam minyak. Keasidan minyak akan menentukan dan mempengaruhu profil rasanya.
Kedua, 'extra virgin' bererti minyak diperoleh melalui proses 'mechanically cold-pressed di mana buah zaitun diperah secara semulajadi tanpa bahan kimia bagi menghasilkan minyaknya. Manakala bagi minyak zaitun pada kualiti yang lebih rendah diperoleh menggunakan proses kimia untuk mengekstrak dan menyaring minyak.
Ketiga, istilah 'extra virgin' juga memberikan jaminan bahawa minyak zaitun tersebut adalah berkualiti premium yang memberikan khasiat yang terbaik untuk tubuh badan manusia.
2. Rasa 'terbakar'
Ketika meminum minyak zaitun berkualiti tinggi seringkali kita akan merasa sedikit 'terbakar' di bahagian kerongkong di mana ia merupakan suatu petanda yang sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa rasa tersebut merupakan tindak balas dari kandungan polyphenol yang sihat di dalam minyak.
3. Warna minyak
Minyak zaitun dengan kualiti yang terbaik kebiasaannya berwarna keemasan atau kuning tua yang kehijauan. Ini bergantung pada jenis buah zaitun yang digunakan.
4. Kualiti minyak zaitun
Perbezaan kualiti minyak zaitun yang terbaik dengan yang biasa adalah dari sudut khasiat dan rasanya.
Minyak zaitun berkualiti rendah biasanya tidak memenuhi standard kualiti minyak zaitun. Biasanya minyak zaitun berkualiti rendah menggunakan bahan kimia untuk menghilangkan bau, rasa, dan pigmen dari minyak. Meski tak berbahaya, namun penggunaannya tidak memberikan manfaat yang baik terhadap tubuh bada.
5. Minyak zaitun berkualiti rendah
Meski bahan kimia yang digunakan pada minyak zaitun tidak berbahaya, namun bukan bererti kita boleh sesuka hati memilih minyak zaitun yang murah dan berkualiti rendah. Selain rasanya yang berbeza, kandungan nutrisi pada minyak zaitun berkualiti rendah adalah lebih sedikit, bahkan hampir tidak ada.
6. Membaca label
Label pada botol atau kotak minyak zaitun kadang kala tidak menulis fakta yang tepat tentang minyak zaitun tersebut. Pada tahun 1996, FDA telah menyatakan bahawa hampir 90% minyak zaitun yang terdapat di pasaran adalah minyak zaitun yang tidak asli dan tulen di mana ia telah dicampur dengan minyak sayuran atau minyak kacang.
Maka, adalah lebih baik jika anda telah mengetahui satu jenama minyak zaitun yang diyakini serta terbukti keberkesanan khasiatnya secara saintifik untuk pengamalan harian.
Meskipun begitu, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda untuk memilih minyak zaitun yang baik untuk diamalkan:
a) Perhatikan dari mana negara pembuat minyak tersebut berasal. Minyak zaitun dengan kualiti yang baik kebiasaannya berasal dari negara timur tengah atau sekitarnya seperti Sepanyol, Turki, Morocco atau Itali.
b) Periksa tarikh minyak tersebut dikilangkan (manufactured date)
c) Perhatikan tahap keasidannya (sebaiknya kurang dari 0.8%).
Itulah beberapa fakta yang harus diketahui mengenai minyak zaitun sebelum kita membelinya. Sekarang anda sudah boleh memilih kualiti minyak zaitun dan tak tertipu lagi dengan produk yang ada di pasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment