MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA


Dengan bermacam-macam salah faham yang dibuat ke atas cuka buah, adakah anda terfikir yang cuka buah berada dalam senarai teratas sekali dalam pencarian penyelidikan perubatan dalam masa terdekat? Sedangkan semenjak 20 tahun yang lalu, terdapat terlalu sedikit penyelidikan dijalankan ke atas penggunaan cuka bagi tujuan rawatan kesihatan




Apa yang sudah sedia maklum, kekurangan sokongan penyelidikan saintifik adalah salah satu masalah biasa di kalangan kebanyakan terapi alternatif semula jadi. Walaupun menerusi Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari dan Alternatif (NCCAM), sebuah Institut Kebangsaan berkaitan kesihatan di Amerika Syarikat yang telah diwujudkan dengan harapan khusus untuk menyiasat rawatan terapi semula jadi atau yang bukan konvensional, sehingga kini tidak pernah menyiarkan mana-mana kajian mengenai cuka, walaupun pada hakikatnya terdapat pembaharuan kepentingan dalam manfaat cuka sebagai penyembuh.


RASA MASAM CUKA : ADAKAH BERBAHAYA KEPADA TUBUH BADAN?


Cuka telah digunakan beratus tahun lama dahulu untuk tujuan perubatan dan juga pemakanan. Proses peragian atau penjerukan membentuk asid asetik secara semulajadi. Asid asetik adalah komponen kimia yang memberikan rasa masam dan bau yang pedas kepada cuka.




Walaupun cuka bersifat asid, apabila ia diminum, cuka akan memberi kesan alkali kepada tubuh badan. Makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut. Tubuh badan manusia memerlukan sedikit kealkalian bagi memberi keseimbangan terhadap kesihatan.

Oleh itu, cuka tidak akan memberikan kesan buruk terhadap perut malahan berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.  Ia bertindak terhadap beberapa jenis toksin di dalam badan dan menukarkan kepada bahan kurang bertoksik. 


BERAPA LAMAKAH  CUKA BOLEH BERTAHAN?


Jangka hayat cuka adalah hampir tidak terhad, menurut kajian Institut Penyelidikan Cuka. Institut Cuka adalah persatuan pengeluar cuka dari Amerika Utara. Kerana asid cuka adalah asid semulajadi ia dengan sendirinya memelihara dirinya dan tidak memerlukan penyejuk. Cuka putih akan kekal, hampir tidak berubah dalam tempoh masa yang panjang. Terdapat beberapa perubahan pada cuka jenis lain seperti perubahan warna, keladak dan pembentukkan dedebu. Walaubagaimanapun, ini hanya satu perubahan nilai (aesthetic). Produknya masih boleh digunakan dengan penuh keyakinan.

Apabila botol cuka dibuka dan dibiarkan dalam satu jangka masa yang panjang akan kelihatan 'ibu cuka' ataupun ‘Mother’ terapung di permukaan. Ia berunsur tebal dan tidak lut sinar (opaque) yang sebenarnya adalah selulosa - karbohidrat semula jadi, serat dalam makanan, sama seperti saderi dan salad.

Pembentukkan “Mother” adalah satu proses yang berlaku secara semulajadi yang dihasilkan oleh bakteria cuka tidak merbahaya. Pengilang melakukan pasteurize cuka (memasak mematikan bacteria) sebelum dibotolkan bagi mencegah pembentukan “Mother” oleh bakteria, disebabkan pendedahan kepada udara yang terlalu lama, “Mother” akan muncul.



ADAKAH CUKA SELAMAT UNTUK ALAM SEKITAR DAN
ORANG YANG BERADA DI PERSEKITARANNYA?




Cuka adalah hasil produk organik semulajadi dari buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijirin. Oleh itu, ia boleh dimakan dan reput mesra alam (bio-degradasi). Ia adalah selamat untuk alam sekitar, ahli-ahli keluarga dan terutamanya bagi mereka yang asma dan kanak-kanak.

Cuka adalah produk pembersih semula jadi yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan kimia toksik yang merbahaya. Untuk bertindak sebagai pembersihan, anda hanya perlu mencurahkannya ke dalam longkang dan kesannya amat baik terhadap pembetung dan sistem rawatan air adalah sama seperti mana-mana produk makanan. Penyimpanan cuka tidak mendatangkan kesan sampingan ke atas alam sekitar.

No comments:

Post a Comment