Aafiyat Lifestyle Musim 1 - "Reput Tulang"

Barisan tetamu jemputan yang memeriahkan perbincangan episod ini ialah Khadijah Tan, pelakon tanah air dan doktor pakar, Dr. Norhaslinda Mat Hassin yang merupakan Doktor Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Estetik.

Dijelaskan dalam topik ini, manusia memiliki sebanyak 206 tulang.

Tulang yang berisiko menghidap masalah reput ialah tulang peha dan tulang belakang serta beberapa tulang kaki.

Kebanyakkan wanita akan mengalami masalah tulang di bahagian tulang pinggul.
Apabila tulang di bahagian pinggul ini telah patah, ia sukar untuk dirawat dan pesakit hanya mampu terbaring.

Di dalam bidang perubatan, istilah untuk reput tulang dikenali sebagai osteoporosis.

Osteoporosis ini ialah keadaan di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah kerana kehilangan ketumpatan.

Faktor kepada pereputan tulang ini ada banyak seperti kerana peningkatan usia atau penuaan, hormon, kekurangan Vitamin D, kekurangan mineral seperti kalsium, magnesium atau zinc.
Masalah kekurangan Vitamin D berpunca daripada kerap melakukan aktiviti indoor dan pakaian muslimah juga boleh menjadi kekangan untuk wanita menerima sumber cahaya matahari awal pagi untuk menyerap Vitamin D.

Ini kerana cahaya matahari awal pagi merupakan sumber untuk tubuh menerima Vitamin D.

Masalah lain ialah kerana kurang bersenam dengan teknik senaman mengangkat beban.

Selain daripada itu puncanya ialah kerana mengalami masalah buah pinggang.

Untuk seseorang yang mengalami bongkok tulang belakang, keadaan ini berlaku kerana tulang belakang mengalami kepatahan akibat tekanan.

Masalah ini juga mudah dialami oleh wanita berbanding lelaki.
Ia disebabkan pada asasnya tulang lelaki lebih kuat berbanding wanita. Fizikal lelaki juga lebih besar.
Dan wanita pula ramai yang bertubuh kecil dan ini  membuatkan wanita asia secara am nya lebih mudah untuk mengalami masalah pereputan tulang.

Disamping itu juga, wanita banyak dipengaruhi dengan faktor hormon estrogen.

Semakin meningkat usia atau mencapai menopause semakin kurang penghasilan hormon ini maka ia akan menjejaskan tulang.

Apa yang merisaukan ialah, penyakit osteoporosis boleh berlaku tanpa ada apa – apa simptom yang jelas dan pakar menggelarkannya sebagai penyakit senyap.

Disebabkan penyakit ini sukar dikesan secara kasar, wanita berusia 40 an ke atas disarankan untuk menjalani pemeriksaan tulang.

Dalam penjelasan pakar, struktur tulang tidak hanya terdiri daripada kalsium.  Ia sebenarnya mengandungi kolagen dan sel – sel hidup yang sentiasa menjana tulang baru.

Apabila sel – sel terganggu, inilah yang menyebabkan pereputan tulang.

Antara risiko yang ditanggung oleh mereka yang mengalami masalah osteoporosis ini adalah tulang mereka akan mudah patah dengan kecederaan yang ringan.

Oleh itu, sumber makanan yang tinggi protein penting untuk kekuatan tulang dan sendi.
Begitu juga dengan Vitamin C, keperluannya penting untuk menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk tulang.

Cara untuk membantu tulang dan sendi kembali kuat ialah dengan menjaga pemakanan sihat dan mengawal hormon secukupnya.

Di dalam produk Olive House  terdiri daripada Jus Delima, Buah teen separa segar dan minyak zaitun yang boleh membantu mencegah osteoporosis.

Hal ini kerana, asas kepada pembentukan vitamin ialah daripada kolestrol dan kolestrol ini diperolehi daripada sumber minyak sihat.

Antara minyak sihat yang disyorkan oleh pakar ialah minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak kelapa sawit dan minyak ikan.



Dengan makan minyak zaitun misalnya, ia membekalkan Vitamin D yang secukupnya untuk keperluan tubuh manusia.

Seperti jus delima pula, ia mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi dan baik untuk kekuatan tulang.

Buah teen separa segar pula mengandungi serat, fosforus dan magnesium untuk penyerapan kalsium ke tulang dan sendi.

Selain itu, sumber makanan yang kaya dengna Vitamin D ialah ikan, telur, bijirin berserat penuh dan cendawan.

Nasi lemak merupakan sajian sarapan pagi yang baik untuk keperluan tulang dan sendi kerana ia terdiri daripada makanan yang sihat.

Seperti ikan bilis, ia mengandungi sumber kalsium yang tinggi.
Secara umumnya kebanyakan ikan mengandungi Vitamin D.

Dan untuk lebih sihat, Doktor pakar memberi tips untuk bakar ikan bilis di dalam ketuhar. Berbanding digoreng ke dalam minyak untuk mengekalkan nutrisinya.
Begitu juga dengan kuning telur, ia kaya dengan sumber Vitamin D.

Kesimpulan daripada episod ini, dengan amalan pemakanan yang sihat dan menjalani kehidupan yang baik seperti melakukan senaman, ia dapat membantu mengelakkan masalah osteoporosis daripada menyerang tulang dan sendi kita.

-----------------------------------------

Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775

Aafiyat Lifestyle Musim 1 - "Rambut dan Kulit Sihat"

Artis jemputan yang diundang dalam episod kali ini ialah Farawahida dan Dr. Mohd Nasir Othman, Doktor perubatan Kulit dan Estetik di Hospital Kerajaan selaku doktor pakar jemputan untuk sesi soal jawab bersama pakar.

Dr. Mohd Nasir Othman menerangkan struktur kulit manusia terbahagi kepada dua iaitu epidermis dan dermis serta ditumbuhi rambut yang keluar daripada lapisan dermis.

Tambahnya lagi. masalah keguguran rambut dikategorikan sebagai normal jika rambut gugur dalam jumlah 100 helai  sehari.




Hal ini berlaku kerana pertumbuhan rambut berlaku secara bukan serentak. Ada rambut yang akan tumbuh, rehat dan gugur.

Selanjutnya, di bahagian dermis akan berkumpulnya protein atau dikenali sebagai kolagen. Elastin (mengekalkan kerangka kulit) dan kolagen penting untuk mengelakkan masalah kedutan.

Diterangkan pula oleh Dr. Norman, jika kolagen berkurangan, maka lapisan dermis akan berlekuk dan menghasilkan kedutan.

Antara sebab kolagen boleh berkurangan adalah kerana cara pemakanan yang salah. Terlalu banyak mengambil makanan bergula, makanan diproses ataupun makanan tinggi lemak trans seperti marjerin dan krimer adalah penyebab utama kulit mudah berkedut.

Disamping itu, cahaya matahari dan asap rokok juga penyebab yang membuatkan kolagen berkurangan. Asap rokok misalannya mengandungi  toksin dan radikal bebas yang akan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.

Cara untuk menangani masalah kolagen berkurangan ialah dengan pemakanan yang sihat seperti makan buah – buahan, sayur – sayuran dan juga minyak sihat akan melindungi kulit di bahagian luar daripada berkedut serta  jangan lupa memakai krim perlindungan cahaya matahari.

Penjagaan kulit yang sihat tidak akan lengkap dengan hanya bergantung pada pemakaian produk yang tinggi dengan kolagen jika tidak disertakan dengan pengambilan makanan yang sihat.

Fakta menarik yang dikongsi oleh Dr. Nasir, keadaan kulit akan mendefinisi keadaan rambut juga. Sebagai contoh, kulit berminyak rambut akan berminyak. Dan kulit yang kering  akan memiliki rambut yang kering.

Hal ini terjadi kerana penghasilan minyak berlaku di bahagian kulit dan ditolak ke atas kulit kepala. Oleh itu minyak yang dimakan oleh kita sangat mempengaruhi situasi kulit dan rambut.

Minyak kelapa atau minyak zaitun merupakan minyak sihat yang sangat disyorkan pengambilannya kerana tinggi dengan kadar anti oksidan, kaya dengan vitamin E.
Serta makanan yang tinggi dengan serat seperti buah – buahan berupaya menambah kolagen dalam kulit, meningkatkan probiotik yang dapat menyihatkan usus dan boleh mengurangkan masalah alergik.

Produk Olive House terdiri daripada dua jenis minyak zaitun iaitu Pati minyak Zaitun dan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x yang mengandungi 30x ganda kadar anti oksidan berbanding minyak zaitun yang biasa.



Kadar anti oksidan yang tinggi dalam minyak zaitun Olivie Plus 30x itu terhasil daripada pokok zaitun yang ditanam di kawasan gurun yang agak sukar untuk mana – mana tumbuhan untuk hidup.  Namun, bagi  pokok zaitun, semakin ‘stress’ situasi untuk ia  tumbuh, semakin tinggi anti oksidan dihasilkan dari pokok berkenaan untuk memastikan ia kekal hidup.

Lagi satu Dr. Nasir menambah , dengan makan madu asli seperti Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan membantu penghasilan probiotik untuk membuatkan usus lebih sihat. Membuatkan saraf lebih baik. Dan  Kulit lebih cantik serta tinggi dengan anti oksidan.

Pemakaian serum berasaskan vitamin dan bukan bahan kimia turut dapat membantu menyihatkan kulit. Dr.Norman menerangkan, pakai serum sebelum memakai make up dapat melindungi permukaan kulit daripada terjejas atau rosak.

Aafiyat Lifestyle Musim 1 - "Disfungsi Seksual"

Episod kali ini pihak program Aafiyat Lifestyle menjemput pasangan selebriti popular Zamarul Hisham dan Diana Rafar untuk bersama – sama membincangkan topik hangat suami isteri iaitu ‘Disfungsi seksual’.


Seperti biasa, pengacara tetap ialah Azizah Ariffin dan Dr. Norman Norawi memulakan bual bicara dengan memberikan definisi tentang ‘disfungsi seksual’.




‘Disfungsi seksual’ membawa maksud ketidakupayaan dalam melaksanakan tugas seksual yang normal yang boleh berlaku ke atas lelaki mahupun wanita.


Di dalam hubungan seksual itu sendiri akan terdapat pasangan yang aktif ataupun pasif. Lelaki akan menjadi bermasaalah dalam seksual sekiranya tidak aktif. Manakala wanita boleh menjadi pasif berdasarkan gangguan emosinal atau psikologi.




Proses ‘disfungsi seksual’ ini boleh berlaku secara berperingkat atau beransur – ansur. Faktor pertamanya ialah psikologi. Kedua ialah hormon (kerana penuaan) seterusnya kerana kerosakan saraf dan paling banyak sering berlaku ialah masalah saluran darah pada alat kelamin.




Untuk segmen soal jawab bersama doktor pakar, penonton diperkenalkan dengan Dr. Zubaidi Ahmad, seorang doktor perubatan senior dalam kumpulan perubatan penawar.


Umum bagi lelaki, ‘disfungsi seksual’ dibahagikan kepada tiga kategori iaitu masalah ketegangan, pancutan awal dan pancutan lambat atau tiada langsung. 70% daripadanya adalah mengalami masalah ketegangan.




Kebiasaannya masalah ketegangan berlaku pada usia 50 tahun atau 60 tahun dan ke atas. Namun berbeza pada hari ini di mana, masalah ini telah banyak berlaku seawal usia 23 tahun.




Penyumbang kepada masalah ini ialah kerana faktor penurunan hormon testostren yang lazimnya berlaku akibat daripada proses penuaan.


Selain itu ialah penyakit kronik seperti diabetis atau darah tinggi.

Kebanyakan lelaki muda yang mengalami masalah fungsi seksual adalah kerana kekerapan melakukan onani ketika remaja seawal usia 10 tahun atau 12 tahun.




Kesan daripada tindakan beronani ialah ia akan merosakkan saraf zakar dan menganggu psikologi seksual.




Gangguan psikologi di sini bermaksud, seseorang lelaki yang beronani akan ‘berfantasi’ atau membayangkan sesuatu yang merangsang dirinya. Namun apabila di dalam dunia realiti, apabila telah berkahwin mereka mendapati fantasi dan realiti itu tidak sama.

Hal inilah yang mendorong mereka untuk memuaskan nafsu secara onani berbanding dengan pasangan mereka.


Seterusnya ialah penurunan paras hormon testosteron akan menyebabkan masalah ketegangan dan mengurangkan rasa ghairah.

Diabetis di antara penyakit kronik yang disebut boleh menganggu fungsi seksual dan ia melibatkan sama ada lelaki mahupun wanita.




Selain daripada itu ialah penyakit saluran darah. Penyakit ini dikenali sebagai atherosclerosis. Ia berlaku bilamana pengumpulan kolestrol terlampau banyak dan ia akan masuk pada dinding saluran darah dan akhirnya menyumbatkan atau menyempitkan saluran darah. Dan ini mengkibatkan kesukaran untuk zakar menegang apabila saluran darah telah tersumbat.




Ubat kuat yang dikatakan sebagai suplemen dan dijual dengan melambak di pasaran online sebenarnya tidak mendapat kelulusan KKM dan mengandungi bahan yang terlarang.




Untuk mengetahui samaada itu adalah suplemen atau ubat kuat ialah, ubat kuat apabila diambil akan memberi tindak balas yang begitu cepat. Sedangkan suplemen mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan masalah berkaitan seksualiti.




Untuk mengatasi masalah berkaitan ‘disfungsi seksual’, bebeberapa bahan semulajadi seperti madu organik, jus delima dan minyak zaitun merupakan pemakanan yang disyorkan oleh pakar dan menjadi amalan harian Zamarul Hisham dan Diana Rafar.


Kelebihan jus delima ialah ia mampu membantu mencegah masalah penyempitan saluran darah. Dan telah diterangkan oleh Dr. Norman, jika seseorang itu sudah mengalami masalah ini, dengan amalan minum jus delima, ia dapat ‘membuka’ kembali saluran darah yang bermasalah itu tadi.




Zamarul Hisham turut menambah, semenjak beliau mengamalkan jus delima, badan beliau lebih bertenaga dan penglihatan lebih jelas tanpa perlu menggunakan bantuan kaca mata pada waktu malam.


Seperti madu pula, kita digalakkan untuk mengamalkan kerana ia membantu menaikkan paras testosteron dan juga paras nitrik oksida (NO) pada dinding saluran darah (mengembangkan kembali saluran darah).




Berbeza dengan madu lain, pengguna disyorkan untuk mencuba Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan kerana ia dihasilkan oleh lebah liar daripada pelbagai spesis flora di pergunungan Kyrgyzstan yang tidak tercemar.




Antara makanan lain yang boleh membantu meningkatkan seksualiti ialah sayur – sayuran berwarna dan juga buah – buahan tropika seperti nenas.




Nenas mengandungi ‘bromolin’ yang baik untuk saluran darah kerana bersifat anti keradangan dan anti oksidan.


Disamping itu, makanan yang kaya dengan protein seperti telur, tiram dan sebagainya dapat membantu meningkatkan fungsi seksual.

Untuk jenis vitamin pula, orang ramai boleh mengambil vitamin E, vitamin C dan vitamin B kerana ia boleh menghalang masalah penyumbatan salur darah.




Vitamin E ini boleh didapati dalam pati minyak zaitun. Tambahan lagi, kelebihan minyak zaitun yang mengandungi anti oksidan tinggi, membuatkan ia menghalang masalah kolestrol menyumbat pada saluran darah.




Semakin tinggi kadar anti oksida yang ada dalam minyak zaitun, semakin lebih baik fungsinya untuk membantu hubungan seksual. Di antara minyak zaitun pilihan yang dicadangkan untuk pengguna cuba ialah Minyak Zaitun Olivie Plus 30X Olive House.


Dr. Norman berkongsi satu petua, jika minyak zaitun dicampurkan dengan buah tin (rendam) dalam minyak zaitun ia boleh meningkatkan paras nitrosit. Anda boleh mendapatkan buah tin separa segar Olive House yang dihasil secara segar dari Turki.




Secara konklusinya, amalkan makan makanan yang sihat dan elakkan daripada mengambil makanan segera. Rakyat Malaysia ramai yang kekurangan serat. Oleh itu banyakkan makan sayur – sayuran dan buah – buahan serta jangan lupa mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Aafiyat Lifestyle Musim 1 - "Rahsia Awet Muda"

Dalam episod 3 program Aafiyat Lifestyle bersama pengacara tetap, Azizah Ariffin dan Dr. Norman Norawi serta tetamu selebriti Nassier Wahab dan doktor pakar, Dr. Nicholas Khong yang merupakan seorang penyelidik dan pensyarah Bioscience di Universiti Putra Malaysia membincangkan topik tentang kaitan antioksida dan radikal bebas dengan awet muda.


Apa yang dibicarakan dalam episod kali ini ialah terdapat beberapa elemen yang menyumbang kepada penuaan yang cepat di antaranya ialah radikal bebas, stress, hormon tidak seimbang, senaman dan pemakanan.


Namun yang paling mudah menyerang ialah radikal bebas. Ia sebenarnya molekul atau atom yang kekurangan satu biji elektron.


Disebabkan kekurangan satu daripada elektron ini, ia menjadi tidak stabil.

Apabila ia tidak stabil, radikal bebas ini akan mula menyerang sel – sel terutama sekali protein dan minyak dalam badan yang boleh menyebabkan kedutan.


Selain daripada itu, radikal bebas boleh menjadi lebih serius apabila ia mula menyerang DNA (gen) badan manusia kerana ia mengakibatkan pembentukan kanser.

Sebenarnya radikal bebas boleh terhasil secara semulajadi dalam tubuh manusia apabila manusia bernafas.


Namun begitu, disebabkan unsur-unsur luar yang terlalu banyak seperti cahaya UV matahari, keradangan, metabolisma, pencemaran , radiasi, merokok dan stress ia ‘membantu’ radikal bebas menyerang lebih pantas.

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh individu untuk memastikan diri kekal awet muda.


Diantaranya ialah dengan mengelakkan stress dan makan makanan yang tinggi kadar antioksida.


Seperti diterangkan oleh pakar, Peranan antioksida ialah mengganti neutron yang tidak stabil.


Kita boleh mendapatkan sumber – sumber antioksdia daripada tumbuh-tumbuhan (plant based) ataupun sumber haiwan (animal based)

Sumber tumbuhan menyediakan antioksida yang dinamakan sebagai Vitamin C, polyphenols dan flavonoid.


Manakala sumber haiwan ialah protein dan minyak.

Dr.Norman berkongsi tips, pilih buah – buahan yang berwarna terang seperti ungu oren, kuning dan sebagainya kerana ia lebih tinggi kadar antioksida. Sama halnya juga dengan sayur – sayuran pilih yang berwarna terang.


Disamping itu, banyakkan makan ulam – ulaman dan juga rempah ratus seperti kayu manis ceylon dan bunga cengkih kerana ia memiliki antioksida yang tinggi.


Tambahan lagi, amalan makan minyak zaitun extra virgin boleh mencegah penuaan kerana ia mengandungi antiosida yang tinggi dan larut lemak serta larut air.


Dr. Nicholas mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mengambil antioksida secara berlebihan.


Cukup sekadar memilih daripada sumber yang terbaik sebagai contoh minyak zaitun extra virgin, jus delima atau madu asli yang turut membekalkan antioksida yang banyak dan mencukupi.


Namun, berhati – hati ketika memilih jus delima yang ada dijual dipasaraya kerana kebanyakannya telah dicampur dengan gula.


Penjualan minyak zaitun di luar juga ada yang telah dicampur dengan minyak lain dan dilabelkan sebagai ‘extra virgin’.


Jauh berbeza dengan minyak zaitun ‘extra virgin Olive House’ yang tiada campuran lain dan 100% asli.


Lebih menarik, pengguna ditawarkan dengan satu lagi jenis minyak zaitun iaitu Olivie Plus 30X yang lebih istimewa berbanding minyak yang lain kerana ia ditanam dikawasan gurun.


Hasilnya, kandungan pholephenolnya meningkat dan lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

Secara kesimpulannya, amalkan makan makanan sihat dan cara hidup yang lebih ceria untuk terus kekal awet muda.

Aafiyat Lifestyle Musim 1 - "Gula : Madu atau Racun?"

Episod kedua program Aafiyat Lifestyle menampilkan Yana Samsuddin, sebagai artis jemputan dan Dr. Saifuzzaman Yusoff, selaku pakar sesi soal jawab.


Dalam keterangan daripada pakar mengenai gula putih atau gula pasir yang sering digunakan dalam masakan, minuman dan sebagainya, ia adalah sebagai sukrosa atau crystal sucrose yang terdiri daripada dua molekul.


Dua molekul tersebut ialah glukos dan fruktos. Glukos akan mengalir dalam darah manusia dan di simpan sebagai tenaga. Manakala lebihan glukos yang ada akan di simpan di dalam glikogen (ruang simpanan makanan) yang membantu manusia terus bertahan tanpa makan berhari – hari.


Manakala fruktos memberikan rasa manis tetapi ia berubah kepada banyak perkara yang merbahaya di dalam sistem tubuh.


Biarpun kedua – dua kompenan ini sebenarnya memberi kesan negatif kepada manusia, namun yang lebih menakutkan ialah fruktos.


Fruktos ini boleh mengakibatkan masalah serius dalam badan seperti kegemukan,nyanyuk, membentuk lemak atau kolestrol dalam darah, kencing manis, menganggu insulin reseptor dan membentuk asid urik penyebab kepada masalah gout.


Disamping itu juga, gula putih telah ditemui sebagai penyebab masalah sakit jantung. Ini kerana gula mempunyai sejenis bahan yang boleh melekat pada dinding saluran darah dan membuat ia keradangan serta turut menarik kolestrol ‘menempel’ di dinding saluran darah.


Tegas Dr. Saifuzzaman, gula sepatutnya ditinggalkan dalam pemakanan seharian kerana ia tidak memberi manfaat kepada manusia dan menyebabkan ketagihan.


Malahan, gula putih boleh digantikan dengan pemanis yang jauh lebih sihat seperti madu asli yang dilengkapi dengan nutrisi dan telah diamalkan pada zaman purba kala.


Pakar juga turut berkongsi tips untuk menghilangkan ketagihan gula putih, anda perlu menghentikan pengambilannya selama 6 minggu atau hadkan jumlahnya dalam 5 sudu teh sehari.

Aafiyat Lifestyle Musim 1 - "Kanser Pembunuh Kejam"

Kanser ataupun ketumbuhan adalah sejenis penyakit akibat pertumbuhan sel – sel tidak normal di dalam badan yang membiak secara abnormal dan merebak ke kawasan tubuh yang lain.

Kanser boleh dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat. Namun pencegahan adalah langkah terbaik untuk melawan penyakit kanser. Caranya ialah sentiasa melakukan pemeriksaan dan menjaga pemakanan.

Seperti yang ramai ketahui, kanser memiliki tahap – tahap tertentu. Seperti tahap pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kebiasaannya, apabila seseorang itu telah sampai ke peringkat terakhir atau tahap empat, ia akan menjadi jalan penamat riwayat seseorang itu. Namun, adakah ia benar atau masih boleh dicegah?

Untuk sesi bersama pakar Aafiyat Lifestyle, mereka telah menjemput Dr. Salman Amiruddin , merupakan seorang pensyarah dan doktor pakar telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di Universiti Sultan Zainal Abidin.

Beliau menerangkan, sel yang menjadi kanser pada awalnya merupakan sel normal. Namun apabila sel normal terdedah kepada proses kasinogenesis yang berterusan, ia akan merosakkan DNA dan menghasilkan sel – sel kanser.

Punca – punca asas kepada perubahan sel DNA ini dibahagi kepada dua punca iaitu punca dalaman (endogenous) dan punca luaran (exogenous).

Perubahan metabolisma dalaman (endogenous) terjadi bila mana sel melakukan metaboslima sebagai salah satu proses normal namun ia mengeluarkan radikal – radikal bebas. Dan radikal bebas ini akan mengalir melalui darah dan memberi kesan kepada sel – sel lain. Salah satu contohnya seperti stress.

Dan punca luaran (exogenous) pula ialah  pencemaran daripada radikal bebas seperti asap kenderaan, rokok, cahaya matahari dan pemakanan.

Kita boleh mencegah DNA daripada berubah menjadi sel kanser melalui pemakanan yang sihat. Pun begitu, apabila seseorang itu telah sampai kepada kanser tahap empat atau terakhir, kaedah pencegahan melalui pemakanan tidak efektif. Pesakit perlu melalui pembedahan.

Contoh – contoh pembentukan kanser dalam badan berlaku seperti jika terdapat ulser berterusan di dalam mulut yang walaupun telah dirawat tetapi ia tetap tidak sembuh – sembuh. Kebanyakan punca utamanya ialah kerana merokok.

Kanser payudara pula berlaku daripada faktor hormon yang terganggu akibat daripada pengambilan minyak yang salah seperti minyak asid lemak trans seperti marjerin dan krimer.

Program Aafiyat mendedahkan, minyak terbaik untuk mencegah kanser payudara ialah minyak zaitun. Berdasarkan jurnal yang dibaca oleh Dr. Norman, hanya setitis minyak zaitun yang di letakkan di atas sel kanser yang ada pada seekor tikus, sel kanser itu terus mati. Ini kerana minyak zaitun bertindak dengan pantas sebagai anti kanser.

Tambahan lagi, minyak zaitun mengandungi lemak sihat iaitu mono unsaturated asid, asid oleik, antioksida, vitamin E dan oleuropein yang membantu mencegah kanser.

Amalan berterusan dengan pemakanan yang tinggi kandungan antioksida seperti minyak zaitun dan jus delima Azerbaijan keluaran Olive House, boleh menghasilkan antioksida yang berlipat kali ganda. Memberi perlindungan maksimum untuk tubuh daripada serangan penyakit kanser, si pembunuh kejam.

6 FAKTA YANG HARUS DIKETAHUI TENTANG MINYAK ZAITUN



Kebanyakan dari kita sudah familiar dengan minyak zaitun dan sering menggunakannya, baik untuk digunakan sebagai makanan tambahan, kecantikan dan pelbagai kegunaan lain. Meskipun begitu, tidak ada salahnya jika kita menyingkap kembali tentang enam fakta penting yang harus diketahui mengenai minyak zaitun.


1. Apakah maksud 'extra virgin' ?

Istilah 'extra virgin' digunakan pada minyak zaitun yang berkualiti sangat tinggi. Pertama ianya dilihat dari sudut keasidan minyak yang kurang dari 0.8%. Maksud keasidan di sini tidak sama dengan keasidanan pada cuka atau lemon, melainkan kadar zat kimia dalam minyak. Keasidan minyak akan menentukan dan mempengaruhu profil rasanya.

Kedua, 'extra virgin' bererti minyak diperoleh melalui proses 'mechanically cold-pressed di mana buah zaitun diperah secara semulajadi tanpa bahan kimia bagi menghasilkan minyaknya. Manakala bagi minyak zaitun pada kualiti yang lebih rendah diperoleh menggunakan proses kimia untuk mengekstrak dan menyaring minyak.




Ketiga, istilah 'extra virgin' juga memberikan jaminan bahawa minyak zaitun tersebut adalah berkualiti premium yang memberikan khasiat yang terbaik untuk tubuh badan manusia.


2. Rasa 'terbakar'

Ketika meminum minyak zaitun berkualiti tinggi seringkali kita akan merasa sedikit 'terbakar' di bahagian kerongkong di mana ia merupakan suatu petanda yang sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa rasa tersebut merupakan tindak balas dari kandungan polyphenol yang sihat di dalam minyak.


3. Warna minyak

Minyak zaitun dengan kualiti yang terbaik kebiasaannya berwarna keemasan atau kuning tua yang kehijauan. Ini bergantung pada jenis buah zaitun yang digunakan.




4. Kualiti minyak zaitun

Perbezaan kualiti minyak zaitun yang terbaik dengan yang biasa adalah dari sudut khasiat dan rasanya.


Minyak zaitun berkualiti rendah biasanya tidak memenuhi standard kualiti minyak zaitun. Biasanya minyak zaitun berkualiti rendah menggunakan bahan kimia untuk menghilangkan bau, rasa, dan pigmen dari minyak. Meski tak berbahaya, namun penggunaannya tidak memberikan manfaat yang baik terhadap tubuh bada.


5. Minyak zaitun berkualiti rendah

Meski bahan kimia yang digunakan pada minyak zaitun tidak berbahaya, namun bukan bererti kita boleh sesuka hati memilih minyak zaitun yang murah dan berkualiti rendah. Selain rasanya yang berbeza, kandungan nutrisi pada minyak zaitun berkualiti rendah adalah lebih sedikit, bahkan hampir tidak ada.


6. Membaca label

Label pada botol atau kotak minyak zaitun kadang kala tidak menulis fakta yang tepat tentang minyak zaitun tersebut. Pada tahun 1996, FDA telah menyatakan bahawa hampir 90% minyak zaitun yang terdapat di pasaran adalah minyak zaitun yang tidak asli dan tulen di mana ia telah dicampur dengan minyak sayuran atau minyak kacang.

Maka, adalah lebih baik jika anda telah mengetahui satu jenama minyak zaitun yang diyakini serta terbukti keberkesanan khasiatnya secara saintifik untuk pengamalan harian.

Meskipun begitu, terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda untuk memilih minyak zaitun yang baik untuk diamalkan:



a) Perhatikan dari mana negara pembuat minyak tersebut berasal. Minyak zaitun dengan kualiti yang baik kebiasaannya berasal dari negara timur tengah atau sekitarnya seperti Sepanyol, Turki, Morocco atau Itali.

b) Periksa tarikh minyak tersebut dikilangkan (manufactured date)

c) Perhatikan tahap keasidannya (sebaiknya kurang dari 0.8%).


Itulah beberapa fakta yang harus diketahui mengenai minyak zaitun sebelum kita membelinya. Sekarang anda sudah boleh memilih kualiti minyak zaitun dan tak tertipu lagi dengan produk yang ada di pasaran.