Episod kedua program Aafiyat Lifestyle menampilkan Yana Samsuddin, sebagai artis jemputan dan Dr. Saifuzzaman Yusoff, selaku pakar sesi soal jawab.
Dalam keterangan daripada pakar mengenai gula putih atau gula pasir yang sering digunakan dalam masakan, minuman dan sebagainya, ia adalah sebagai sukrosa atau crystal sucrose yang terdiri daripada dua molekul.
Dua molekul tersebut ialah glukos dan fruktos. Glukos akan mengalir dalam darah manusia dan di simpan sebagai tenaga. Manakala lebihan glukos yang ada akan di simpan di dalam glikogen (ruang simpanan makanan) yang membantu manusia terus bertahan tanpa makan berhari – hari.
Manakala fruktos memberikan rasa manis tetapi ia berubah kepada banyak perkara yang merbahaya di dalam sistem tubuh.
Biarpun kedua – dua kompenan ini sebenarnya memberi kesan negatif kepada manusia, namun yang lebih menakutkan ialah fruktos.
Fruktos ini boleh mengakibatkan masalah serius dalam badan seperti kegemukan,nyanyuk, membentuk lemak atau kolestrol dalam darah, kencing manis, menganggu insulin reseptor dan membentuk asid urik penyebab kepada masalah gout.
Disamping itu juga, gula putih telah ditemui sebagai penyebab masalah sakit jantung. Ini kerana gula mempunyai sejenis bahan yang boleh melekat pada dinding saluran darah dan membuat ia keradangan serta turut menarik kolestrol ‘menempel’ di dinding saluran darah.
Tegas Dr. Saifuzzaman, gula sepatutnya ditinggalkan dalam pemakanan seharian kerana ia tidak memberi manfaat kepada manusia dan menyebabkan ketagihan.
Malahan, gula putih boleh digantikan dengan pemanis yang jauh lebih sihat seperti madu asli yang dilengkapi dengan nutrisi dan telah diamalkan pada zaman purba kala.
Pakar juga turut berkongsi tips untuk menghilangkan ketagihan gula putih, anda perlu menghentikan pengambilannya selama 6 minggu atau hadkan jumlahnya dalam 5 sudu teh sehari.

No comments:
Post a Comment