• Sesuatu produk di kira sebagai produk ‘natural’ atau ‘asli’ apabila ia mengandungi bahan daripada sumber semulajadi dan bukan daripada bahan yang dibuat secara sintetik dimakmal dan ianya termasuk herba, akar kayu, bunga-bungaan dan minyak asas tumbuhan dan termasuk juga bahan yang bukan dari tumbuhan seperti lilin sarang lebah (bee wax) dan mineral dari tanah.
• Bahan-bahan asli atau natural tadi perlu dicampurkan dengan pelbagai agen seperti:
o agen pembawa (carrier)
o agen pengawet (preservatives)
o agen pemisah (surfactants)
o agen pelembab (humectants)
o agen emulsi (emulsifier)
• Bahan sintetik adalah bahan yang dihasilkan di makmal secara manipulasi kimia dan tidak dijumpai secara semulajadi.
• Walaubagaimanapun, ia masih boleh dikira sebagai natural walaupun dihasilkan dimakmal apabila bahan asasnya adalah bahan asli / natural seperti vitamin E.
• Produk yang dikira sebagai natural mestilah tidak mengandungi bahan-bahan seperti:
o Petrokimia
o Parabens
o sodium lauryl dan sulfat laureth
o phthalates
o pewangi sintetik
o pewarna sintetik dan dye.
Produk NATURE EUFORIA memenuhi syarat yang dinyatakan diatas tadi dengan itu ia diklasifikasikan sebagai produk NATURAL atau ASLI berdasarkan faktor-faktor berikut:
• Bahan asas kepada produk ini adalah Pati Minyak Zaitun
(EVOO) dan Vitamin E Tokotrienol daripada minyak kelapa sawit. Ia
diproses di makmal melalui teknologi terkini yang dipatentkan oleh
Universiti tempatan untuk menjadikan ianya larut air sementara atas
tujuan menjadikan produk ini praktikal ntuk disapu dimuka atau kulit
tanpa menyebabkan rasa berminyak. Apabila ianya telah meresap kedalam
kulit , ia akan bersifat seperti asalnya iaitu larut minyak dan mampu
menembusi dinding sel-sel kulit yang bersifat larut minyak kerana
dinding sel kita adalah lapisan fosfolipid yang hanya membenarkan bahan
larut minyak meresap dengan mudah. Pati minyak zaitun mengandungi bahan
anti oksidan yang kuat iaitu tokoferol, hydroxytyrosol, oleuropein dan
oleocanthal yang sangat baik untuk kesihatan kulit dan bertindak secara
sinergi dengan tokotrienol.
• Bahan lain yang ditambah kedalam produk ini adalah
VITAMIN C dan Aloe Vera gel. Vitamin C bertindak secara sinergi dengan
Vitamin E Tocotrienol untuk memberikan kesan perlindungan anti oksidan
terbaik kepada sel-sel kulit. Aloe vera gel pula bertindak sebagai agen
pembawa asli yang membantu bahan-bahan aktif tersebut untuk lekat kepada
lapisan kulit dan dapat meresap masuk kedalam kulit secara optimum.
Kedua-dua bahan ini adalah bahan asli atau natural.
• Produk ini lansung TIDAK mempunyai bahan-bahan kimia
sintetik yang disenaraikan diatas seperti petrokimia, parabens, sodium
lauryl dan sulfat laureth, phthalates dan pewarna atau pewangi sintetik.
o Butylene Glycol – agen pembawa yang natural
o Sodium Hyaluronate –agen pembawa yang natural
o Glycerin – agen pelembab (humectants) yang natural
o Carbomer –agen surfactant atau pemisah yang natural
o Phenoxyethanol –agen pengawet dan penghalang pembiakan kuman yang natural
o Allantoin – agen pelembab kulit yang natural
o Tetraethanolamine – agen pembawa yang natural
o Tetrasodium EDTA –agen pengawet yang natural yang menghalang ransiditi dan menghalang kekeruhan produk kerana ia akan menghalang pencemaran oleh logam berat.
o Polysorbate 80 – bahan surfactants dan emulsifikasi tidak berion untuk menstabilkan produk.
o Methylisothiazolinone – bahan pengawet dan menghalang pembiakan kuman.
• Jika diteliti satu persatu bahan yang digunakan didalam produk NATURE EUFORIA ini maka tidak bolehlah dinafikan lagi bahawa produk ini adalah produk NATURAL /ASLI sepenuhnya.