VISI & MISI OLIVE HOUSE





OLIVE HOUSE merupakan sebuah syarikat diatas nama OHR Marketing Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai syarikat milikan tunggal dibawah nama OLIVE HOUSE Resources dan secara rasminya sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2014.



Berpegang teguh dengan moto ‘We Begin With Nature’ produk yang dikeluarkan oleh OLIVE HOUSE adalah produk organik dari tumbuh-tumbuhan semulajadi yang berasaskan ‘Quranic Food’ seperti buah zaitun, buah delima, buah tin dan kurma. Produk OLIVE HOUSE dihasilkan di tempat asal produk organik tersebut dengan melalui piawaian yang terperinci bagi memastikan kesegaran dan khasiat produk di tahap maksimum.





Visi

Menjadi Peneraju Pembekal Produk Semulajadi & Organik Terpilih.


Misi

1. Kami adalah entiti perniagaan yang memasarkan produk semula jadi dan organik berkualiti tinggi.

2. Kepentingan kami adalah untuk membekal dan mengedar produk semulajadi dan organik berkualiti tinggi.

3. Tanggungjawab utama kami adalah untuk memupuk budaya pengambilan produk kesihatan yang terbukti secara saintifik.

4. Objektif kami adalah untuk membentuk usahawan yang berdikari dari aspek ekonomi dan berpengetahuan tinggi.

No comments:

Post a Comment