Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah Teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang. Dari dulu sehingga kini, buah Teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun Teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun Teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang.
Buah Teen organik keluaran OLIVE HOUSE ditanam dan diproses di ladang terkemuka di Aegean, Turki yang wujud sejak tahun 1943. Ladang ini telah menerima pelbagai anugerah kerana kualiti buah teen yang tinggi, terpelihara melalui kaedah ladang organik dan proses terkini termasuk kaedah double aflatoxin yang berfungsi menyingkirkan buah Teen yang telah berkulat.
BUAH TEEN & KESIHATAN
- Fiber- Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
- Antioksidan - Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.
- Asid Lemak - Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular
- Mineral dan Vitamin Penting - Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.
No comments:
Post a Comment