Detoksifikasi Elak Penyakit



Tubuh manusia, terdiri dari sel-sel yang sangat sensitif terhadap bahan-bahan yang dimasukkan semasa makan, tersentuh dan terhidu.

Kemasukkan bahan-bahan ini memerlukan proses yang sangat spesifik dan ia dikenali detoksifikasi.

Proses detoksifikasi bermula dari penyentuhan makanan pada badan. Sebagai contohnya, sekiranya sesuatu bahan itu tersentuh pada lidah, makan disitu proses permulaan detoksifikasi berlaku.


Ini akan berlarutan sehingga bahan itu diserap dan di proses sehingga ianya dibuang sebagai bahan kumuh daripada badan.

Manusia dianugerahkan kebolehan detoksifikasi bahan secara bersendiri. Kita dianugerahkan oleh Allah SWT dengan bahan yang dipanggil sitokrom P450.

Bahan-bahan bertoksik ini sudah pasti akan menyebabkan fungsi dan kebolehaan akan terganggu.

Proses ditoksifikasi berlaku pada dua peringkat yang besar. Peringkat pertama berlaku di dalam hati yang menggunakan sitokrom P450.

Manakala bahagian kedua berlaku ada hati dan lapisan usus. Bahan-bahan yang tidak boleh larut dalam air akan menjalani proses pertama detoksifikasi.

Proses ini harus menjalani beberapa aktiviti kimia yang membentuk bahan tidak larut aair ke bahan separa larut atau larut penuh air.

Setelah itu bahan ini kemudian akan dialirkan ke sistem perkumuhan yang terdapat di sekitar.

Sistem pepeluhan, pembuangan air kencing dan perkumuhan adalah proses akhir pembuangan sisa toksik yang perlu dibuang.


Keracunan akibat dari pemakanan atau kehadiran bahan berbahaya di dalam badan hanya berlaku dengan adanya 3 unsur utama.

Unsur pertama adalah kekuatan racun pada bahan tersebut. Kedua adalah akumulasi pendedahan terhadap bahan beracun tersebut. Akhir sekali adalah kebolehmampuan seseorang itu mendapat penyakit akibat daripada pendedahan dan kumulasi tersebut. Ini akan memberikan kesan yang dipanggil risiko penyakit.

Untuk mengetahui berapa banyak kita terdedah kepada racun tersebut, cara yang paling sesuai adalah dengan melakukan analisa pada bahan yang difikirkan terdedah kepada racun tersebut. Ini termasuk terhadap darah, air kencing, rambut, kuku, sel lemak dan sebagainya.

Bahan ini akan mempunyai kandungan racun yang dapat memberikan pengetahuan dasar tentang kehadiran racun di dalam badan.

Pada manusia, terdapat 6 bahan yang dikira beracun. Ia perlu dihindari dengan seberapa boleh. Bahan-bahan tersebut adalah seperti Bisphenol A (BPA), Mercury (Raksa), bahan perflourinated, Phthalates, Polibrominated diphenyl ethers dan Triclosan. Terdapat banyak bahan-bahan ini disekitar kita.

Malah jika kita perhatikan beberapa bahan kosmetik, kita pasti akan nampak bahan yang mempunyai fungsi seperti yang disebutkan di atas tadi.

Penyerapan bahan tadi boleh berlaku dari kulit, hidung dan mulut. Bahan-bahan ini akan memasuki fasa-fasa detoksifikasi yang terdapat dalam hati dan usus.

Sesetengah daripada kita lebih sensitif dari yang lain. Mereka mudah mendapat kesan sampingan yang tidak diingini walaupun mendapat pendedahan yang sedikit berbanding dengan orang lain.

Kajian khusus mendapati terdapat beberapa punca boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih sensitif. Antaranya pendedahan yang berterusan, kekurangan nutrisi yang sangat penting seperti vitamin B, antioksida, Magnesium serta Selenium.

Seseorang yang mengambil kadar gula yang tinggi dan protein rendah juga dijangka akan mendapat sensitiviti yang lebih tinggi. Kesan logam berat, stress dan trauma emosi juga mampu menambahkan kadar sensitif.

Akhir sekali, mereka yang mengalami masalah disbiosis usus dan mereka yang sememangnya telah dikodkan mendapat masalah ini akan senang mendapat penyakit tersebut.

Kebanyakan racun adalah dalam bentuk mudah larut dalam lemak. Bahan yang mudah larut di dalam lemak ini sangat sukar untuk dikumuhkan. Oleh yang demikian ia harus diubah menjadi bahan larut dalam air. Process inilah yang berlaku pada hati dan mengalihkan struktur larut dalam lemak itu menjadi bahan yang larut dalam air.

Sitokrom P450 mempunyai lebih dari 50 isoenzim dan berada dalam lebih dari 200 gen. Bahan ini mampu menyah polarisasi bahan sehingga 200,000 bahan. Secara dasarnya sitikrom P5400 ini dapat merubah bahan seperti ubat, detoksifikasi xenobiotic, kolestrol, steroid, eicosenoids dan retinoids.

Namun, banyak bahan yang lain dapat dipindahkan dari satu polar ke satu polar yang lain. Bahan ini kemudiannya barulah dikumuhkan melalui air kencing, najis, peluh dan sebagainya.

Setelah selesai proses detoksifikasi tahap 1, maka ia harus menjalani tahap 2. Tahap ini akan merubah bahan yang bersifat semi larut air kepada bahan yang larut dalam air secara utuh. Bagi menghasilkan bahan-bahan tersebut, ia harus menjalani proses yang sangat spesifik dengan substrat yang ingin diubah. Bahan ini akan menjalani proses seperti konjugasi gluthathione, konjugasi aid amino, methylasi, sulfilasi, asitalasi dna glukoronidasi. Proses ini berlaku pada hati dan juga usus serta bahagain bahagian lain dalam badan.

Terdapat banyak penyakit penyakit yang boleh berlaku dengan kehadiran toksin-toksin ini.

Toksin-toksin ini mampu mengakibatkan penyakit seperti, penyakit saraf dan kejiwaan, sistem imun, kerosakan mitokondria dan metabolik, ganguan endokrin serta masalah genotoksik dan pembentukan barah.

Ini boleh berlaku dengan secara “semula jadi” dan mampu mengakibatkan penyakit penyakit yang yang sedia diketahui.

Seseorang yang dijangka mengalami masalah kerosakan tubuh akibat dari serangan penyakit ini haruslah menjalani pemeriksaan yang menyeluruh bagi menentukan jenis racun yang mungkin sudah memasuki tubuh badan.

Pemeriksaan seperti darah, air kencing dan sebagainya perlu dijalankan bagi menentukan tahap kehadiran toksin tersebut. Ini bagi membolehkan kita memulakan proses mengnyah bahan tersebut dengan cara-cara yang betul.

Selain dari itu, pencegahan bagi memasitkan toksin itu tidak lagi masuk juga sangat penting.

No comments:

Post a Comment