MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA


Dengan bermacam-macam salah faham yang dibuat ke atas cuka buah, adakah anda terfikir yang cuka buah berada dalam senarai teratas sekali dalam pencarian penyelidikan perubatan dalam masa terdekat? Sedangkan semenjak 20 tahun yang lalu, terdapat terlalu sedikit penyelidikan dijalankan ke atas penggunaan cuka bagi tujuan rawatan kesihatan




Apa yang sudah sedia maklum, kekurangan sokongan penyelidikan saintifik adalah salah satu masalah biasa di kalangan kebanyakan terapi alternatif semula jadi. Walaupun menerusi Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari dan Alternatif (NCCAM), sebuah Institut Kebangsaan berkaitan kesihatan di Amerika Syarikat yang telah diwujudkan dengan harapan khusus untuk menyiasat rawatan terapi semula jadi atau yang bukan konvensional, sehingga kini tidak pernah menyiarkan mana-mana kajian mengenai cuka, walaupun pada hakikatnya terdapat pembaharuan kepentingan dalam manfaat cuka sebagai penyembuh.


RASA MASAM CUKA : ADAKAH BERBAHAYA KEPADA TUBUH BADAN?


Cuka telah digunakan beratus tahun lama dahulu untuk tujuan perubatan dan juga pemakanan. Proses peragian atau penjerukan membentuk asid asetik secara semulajadi. Asid asetik adalah komponen kimia yang memberikan rasa masam dan bau yang pedas kepada cuka.




Walaupun cuka bersifat asid, apabila ia diminum, cuka akan memberi kesan alkali kepada tubuh badan. Makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut. Tubuh badan manusia memerlukan sedikit kealkalian bagi memberi keseimbangan terhadap kesihatan.

Oleh itu, cuka tidak akan memberikan kesan buruk terhadap perut malahan berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.  Ia bertindak terhadap beberapa jenis toksin di dalam badan dan menukarkan kepada bahan kurang bertoksik. 


BERAPA LAMAKAH  CUKA BOLEH BERTAHAN?


Jangka hayat cuka adalah hampir tidak terhad, menurut kajian Institut Penyelidikan Cuka. Institut Cuka adalah persatuan pengeluar cuka dari Amerika Utara. Kerana asid cuka adalah asid semulajadi ia dengan sendirinya memelihara dirinya dan tidak memerlukan penyejuk. Cuka putih akan kekal, hampir tidak berubah dalam tempoh masa yang panjang. Terdapat beberapa perubahan pada cuka jenis lain seperti perubahan warna, keladak dan pembentukkan dedebu. Walaubagaimanapun, ini hanya satu perubahan nilai (aesthetic). Produknya masih boleh digunakan dengan penuh keyakinan.

Apabila botol cuka dibuka dan dibiarkan dalam satu jangka masa yang panjang akan kelihatan 'ibu cuka' ataupun ‘Mother’ terapung di permukaan. Ia berunsur tebal dan tidak lut sinar (opaque) yang sebenarnya adalah selulosa - karbohidrat semula jadi, serat dalam makanan, sama seperti saderi dan salad.

Pembentukkan “Mother” adalah satu proses yang berlaku secara semulajadi yang dihasilkan oleh bakteria cuka tidak merbahaya. Pengilang melakukan pasteurize cuka (memasak mematikan bacteria) sebelum dibotolkan bagi mencegah pembentukan “Mother” oleh bakteria, disebabkan pendedahan kepada udara yang terlalu lama, “Mother” akan muncul.



ADAKAH CUKA SELAMAT UNTUK ALAM SEKITAR DAN
ORANG YANG BERADA DI PERSEKITARANNYA?




Cuka adalah hasil produk organik semulajadi dari buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijirin. Oleh itu, ia boleh dimakan dan reput mesra alam (bio-degradasi). Ia adalah selamat untuk alam sekitar, ahli-ahli keluarga dan terutamanya bagi mereka yang asma dan kanak-kanak.

Cuka adalah produk pembersih semula jadi yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan kimia toksik yang merbahaya. Untuk bertindak sebagai pembersihan, anda hanya perlu mencurahkannya ke dalam longkang dan kesannya amat baik terhadap pembetung dan sistem rawatan air adalah sama seperti mana-mana produk makanan. Penyimpanan cuka tidak mendatangkan kesan sampingan ke atas alam sekitar.

KEBAIKAN JUS BUAH DELIMA



Jus buah delima sangat kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan manusia. Antaranya ialah seperti Vitamin C, zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, kalsium dan fosforus. Semua zat yang terkumpul dalam jus delima ini hanya boleh ditemui di dalam jus buah delima asli tanpa bahan campuran lain.




-----------------------------------

KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

Kajian menemui antioksida di dalam jus buah delima asli yang dikenali sebagai anthocyanin ellagic acid, gallic acid, flavonoids serta quercetin memberikan perlindungan kepada tubuh manusia daripada serangan penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis, sakit jantung, pelbagai jenis kanser dan radang sendi atau osteoarthritis. Tidak hairanlah mengapa jus buah delima telah digunakan sebagai alternatif mencegah dan mengubati sebarang masalah berkaitan kesihatan dan kecantikan di negara semenanjung Arab seperti Syria, Iraq, Arab Saudi, Turki dan lain – lain untuk beribu – ribu tahun lamanya.


MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG

Bagaimana? Jus buah delima akan membantu memastikan saluran arteri berada dalam keadaan fleksibel dan menurunkan risiko berlaku keradangan dalam saluran darah. Dengan caara inilah ia dapat membantu mengelakkan atherosclerosis, penyebab kepada serangan jantung boleh terjadi. Selain itu, ia akan menghalang sebarang sekatan dalam saluran arteri yang menganggu aliran darah ke jantung dan otak. Malah, jus buah delima asli akan menghambat kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik dalam badan. Kelebihan jus buah delima sebagai anti – atherogenic memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan jantung anda.



MENGEKALKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Tidak seperti kebanyakan buah lain yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah, jus buah delima tidak menunjukkan tanda – tanda paras gula dalam darah akan meningkat meskipun diminum oleh pesakit kencing manis setiap hari selama dua minggu berturut – turut.



MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Minum jus buah delima dapat membantu mengurangkan luka dan radang dalam pembuluh darah pada pesakit jantung. Ia bagaikan aspirin semulajadi yang melindungi darah daripada membeku dan membentuk gumpalan darah.


MENGURANGKAN RISIKO PEMBENTUKAN KANSER

Diminum secara setiap hari dapat menyingkirkan radikal bebas daripada badan dan menghalang perkembangan sel – sel kanser serta penyakit yang lain. Kandungan antioksida yang tinggi merangsang sel darah putih untuk meneutralkan toksin di dalam badan dan menghasilkan peningkatan sistem imunisasi yang lebih kuat dan sihat. Jus buah delima mengandungi ‘apoptasis’ sejenis proses di mana sel akan menghancurkan dirinya sendiri terutamanya sel yang membawa kepada masalah pembentukan kasner. Di samping itu, jus buah delima akan bertindak untuk menyekat ‘aromatase’ sejenis enzim yang mengubah androgen kepada estrogen, iaitu hormon yang ‘bertanggungjawab’ menyebabkan pembentukan kanser payudara.


MENJAGA IBU DAN KANDUNGAN

Membekalkan pelbagai vitamin dan mineral termasuklah asid folik yang penting untuk keperluan ibu dan janin. Jus buah delima berperanan sebagai anti radang yang memastikan aliran darah sentiasa dalam keadaan stabil. Manakala potassium di dalam jus membantu wanita hamil daripada mengalami kaki kejang dan menyelesaikan banyak lagi masalah berkaitan sepanjang kehamilan. Apabila wanita hamil mengambil jus buah delima secara konsisten dari awal kehamilan sehinggalah di penghujung trimester ia dapat membantu menurunkan risiko kelahiran bayi pra matang, bayi lahir kurang berat badan dan sebagainya.

------------------------------------------






RASAI PENGALAMAN MINUM JUS BUAH DELIMA

Terlalu banyak kelebihan yang terdapat dalam segelas jus buah delima asli untuk diceritakan di dalam artikel ini. Boleh jadi, anda sendiri tidak akan habis untuk membacanya. Begitulah hikmahnya ciptaan buah delima oleh Tuhan, tidak lain tidak bukan ianya merupakan kurniaan terbesar yang dapat dimanfaatkan oleh manusia. Anda hanya akan merasai impaknya pada kesihatan dan kecantikan apabila merasai, mencuba dan mencipta pengalaman sendiri dengan minum jus buah delima. Pastikan anda pilih yang original untuk menikmati kehebatannya!

------------------------------------


Ingin mendapatkan produk dari Olive House???
 

Sila klik link di bawah:
http://www.wasap.my/60199208775