Aafiyat membawa pengertian kesejahteraan yang antaranya merangkumi aspek kesihatan dalam kehidupan. Pemakanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan setiap individu dan ilmu mengenainya penting untuk menjalani kesejahteraan hidup.
Segalanya bermula dengan perantauan seorang anak muda ke Timur Tengah untuk menimba ilmu yang bukan sahaja menghasilkan seorang graduan dalam bidang Undang-Undang dari Al-Azhar, Mesir malah juga menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang berkaliber.
Pengalaman menjalani kehidupan di sana membuat Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin, pengasas Olive House, amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai Diet Mediterranean.
Beliau menyedari pengambilan pati minyak zaitun memberikan impak kesihatan yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya dalam membantu menghindarkan penyakit jantung. Sejak itu, beliau bertekad untuk membawa produk pati minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia untuk berkongsi manfaatnya kepada semua.
Olive House kini sentiasa merancang untuk memperkenalkan produk-produk baru di pasaran melalui jaringan ribuan ejennya di seluruh Malaysia yang diuruskan oleh 14 cawangan pengurusan yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.
Peranan Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin bergiat sebagai usahawan yang berkongsi pengetahuan tentang khasiat produk-produk Olive House kepada masyarakat Malaysia seterusnya dikembangkan lagi dengan memperkenalkan konsep Aafiyat melalui program TV Aafiyat Lifestyle yang merupakan rancangan perkongsian ilmu dan informasi mengenai kesihatan dan pemakanan sihat.
Aafiyat membawa pengertian kesejahteraan yang antaranya merangkumi aspek kesihatan dalam kehidupan. Pemakanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan setiap individu dan ilmu mengenainya penting untuk menjalani kesejahteraan hidup.
Aafiyat Lifestyle Musim 1 telah bersiaran setiap minggu di TV AlHijrah dari Ogos hingga Oktober 2016.
Aafiyat Lifestyle Musim 2 pula akan terus bersiaran di Astro OASIS mulai 23 Februari 2018 dengan hos kegemaran Azizah Ariffin selama 13 Episod lagi.
Musim 2 juga memberi fokus kepada topik-topik yang relevan bagi rakyat Malaysia seperti masalah penjagaan mata dan buah pinggang, jantung, otak, resdung dan banyak lagi. Doktor dan pakar kesihatan & pemakanan dijemput untuk mengupas aspek-aspek pemakanan dalam konteks perubatan dan sains.
Rancangan ini turut diwarnai dengan artis-artis jemputan di dalam setiap episod yang berkongsi amalan pemakanan aafiyat. Musim 2 juga menyentuh tentang pembetulan kesilapan-kesilapan yang lazim dalam pemahaman tentang kesihatan dan pemakanan.
Tontoni Aafiyat Lifestyle Musim 2
Sama-Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat.